Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3% lulusan poly dalam program pelatih SGUnited tidak tamat latihan

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR tiga peratus daripada 720 lulusan politeknik yang mengikuti Program Pelatih SGUnited tidak menyelesaikan program itu, berdasarkan maklumat yang dikumpul hujung Disember lalu.



Antara sebab yang diberikan mereka yang tidak menyelesaikan program itu ialah mereka telah mendapat pekerjaan sepenuh masa, atau sebab peribadi atau perubatan yang tidak didedahkan.



Demikian dinyatakan Menteri Negara (Tenaga Kerja merangkap Pendidikan) Gan Siow Huang ketika menjawab soalan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) di Parlimen semalam.



Dr Wan Rizal telah bertanya tentang bilangan lulusan politeknik yang berhenti daripada Program Pelatih SGUnited sebelum menyelesaikannya, dan sebab mereka melakukan demikian.



Program itu diperkenalkan Jun lalu untuk memberi lulusan baru peluang pelatih merentas pelbagai sektor.



Menurut Cik Gan, Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), yang merupakan rakan kongsi pemerintah yang menguruskan program tersebut, melakukan tinjauan ke atas pelatih yang telah menyelesaikan program itu atau berhenti separuh jalan.



"Program Pelatih SGUnited memberi peluang bermakna kepada lulusan untuk mendapatkan kemahiran dalam persediaan bagi pekerjaan sepenuh masa.



"Saya terdorong melihat sebahagian besar pelatih menyelesaikan program pelatih mereka," katanya.



Cik Gan menambah, peserta yang memerlukan bantuan kerjaya boleh menghubungi Tenaga Kerja Singapura (WSG) atau Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC menerusi Pusat Kemahiran dan Pekerjaan SGUnited, Careers Connect dan Careers Connect On-the-Go kendalian WSG, serta pusat-pusat kerjaya e2i NTUC.



Mereka boleh juga mengunjungi portal MyCareersFuture untuk mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan kecekapan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >