Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 remaja ditangkap serang budak perempuan di Buangkok

Aug 20, 2022 | 05:30 AM



TIGA remaja telah ditangkap selepas seorang budak perempuan diserang di tempat letak kereta bertingkat di Buangkok, kata polis kelmarin.



Pihak polis telah dimaklumkan mengenai serangan ke atas remaja di tempat letak kereta bertingkat di Blok 269 Compassvale Link Selasa lalu sekitar 9.25 malam.



Polis berkata, budak perempuan itu cedera tetapi tidak perlu dibawa ke hospital dengan segera.



Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan perubatan selepas kejadian.



Pihak polis menambah bahawa ketiga-tiga remaja itu, kesemuanya berusia 15 tahun, ditangkap kerana bertindak mengurung mangsa.



Mereka juga disiasat kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela.



"Orang-orang yang terlibat dalam serangan itu dipercayai mengenali antara satu sama lain," kata polis, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.



Video serangan itu telah diedarkan di media sosial.Dalam video itu, tiga gadis, kesemuanya berpakaian baju hitam, dilihat berulang kali memukul gadis berpakaian putih ketika mereka menyoal siasatnya.



Rambut gadis berbaju putih itu ditarik dan mangsa ditolak hingga jatuh ke lantai beberapa kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >