Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 remaja perempuan ditangkap selepas serang budak perempuan

Aug 19, 2022 | 05:07 PM



TIGA remaja telah ditangkap selepas seorang budak perempuan diserang di tempat letak kereta bertingkat di Buangkok, kata polis semalam (18 Ogos). 



Pihak polis telah dimaklumkan mengenai serangan ke atas seorang remaja di tempat letak kereta bertingkat di Blok 269 Compassvale Link Selasa lalu sekitar 9.25 malam.



Polis menyatakan budak perempuan itu cedera tetapi tidak perlu dibawa ke hospital dengan segera. 



Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan perubatan selepas kejadian itu.   



Pihak polis menambah, ketiga-tiga remaja itu, kesemuanya berusia 15 tahun, ditangkap kerana melakukan pengurungan yang salah.



Mereka sedang disiasat kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela.



"Orang-orang yang terlibat dalam serangan itu dipercayai mengenali antara satu sama lain," kata polis, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan. 



Video serangan itu telah ditularkan ke media sosial. 



Dalam video itu, tiga gadis, kesemuanya berpakaian baju hitam, boleh dilihat berulang kali memukul seorang gadis berpakaian putih ketika mereka menyoal siasatnya. 



Rambut gadis berbaju putih itu ditarik dan beliau ditolak hingga jatuh ke lantai buat beberapa kali.   



Dua lelaki berpakaian baju merah juga boleh dilihat dalam video itu. 



Salah seorang daripada mereka boleh dilihat cuba untuk menghalang beberapa tumbukan daripada gadis-gadis berpakaian hitam terhadap mangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >