Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 syarikat berpangkalan di Singapura dikaitkan dengan kebakaran di Indonesia

Sep 25, 2019 | 12:12 PM



TIGA syarikat Indonesia yang mempunyai pejabat di Singapura telah dikaitkan dengan kebakaran di Indonesia yang menyebabkan jerebu di sini.



Syarikat Sampoerna Agri Resources yang berpangkalan di Singapura dikaitkan dengan syarikat  Hutan Ketapang Industri, yang tapak hutannya dikepung oleh pihak berkuasa Indonesia, setelah kebakaran didapati berlaku di sana.



Dua lagi syarikat membuat kertas gergasi, Asia Pulp and Paper (APP) dan April, juga dikaitkan dengan kebakaran yang mengakibatkan jerebu. 



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura berkata ia sedang memantau keadaan jerebu dengan teliti, walaupun ia belum mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat-syarikat tersebut di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan pada tahun ini.



Akta tersebut menyasarkan mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kebakaran, jika kebakaran itu menyebabkan jerebu mencecah paras yang tidak sihat di Singapura.



Mereka yang bersalah boleh didenda sehingga $100,000 sehari, sehingga had $2 juta. Sejak akta tersebut diluluskan pada 2014, tiada hukuman denda yang pernah dijatuhkan.



Menurut seorang jurucakap NEA, pihaknya sedang mengawasi keadaan jerebu dengan teliti, dan akan memberikan maklumat terkini jika pihaknya mula menyiasat sebarang syarikat di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >