Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

300 keluarga di Admiralty terima bantuan sempena Ramadan

Apr 06, 2023 | 05:30 AM



KEMERIAHAN suasana Ramadan turut dirasai oleh sekitar 300 keluarga memerlukan yang tinggal di kejiranan Admiralty.



Sempena acara Pengagihan Ramadan Admiralty pada Sabtu, mereka diberi peluang untuk menerima bubur, kurma dan barangan runcit oleh pelbagai badan masyarakat.



Turut hadir semasa acara pengagihan tersebut ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Encik Vikram Nair, bersama para relawan dan rakan masyarakat.



Mengulas tentang usaha tersebut, Encik Vikram Nair berkata: "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah tampil membantu mengagihkan pek runcit kepada keluarga yang kurang berkemampuan dalam semangat meraikan Hari Raya Puasa.



"Saya ingin mengiktiraf kerja keras dan dedikasi para sukarelawan ini. Komitmen mereka benar-benar memberi inspirasi, dan kerana usaha mereka, kami dapat membuat perubahan yang nyata dalam kehidupan penduduk kami," kata Encik Vikram.



Ini merupakan usaha tahunan sejak 2019 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Kelab Masyarakat ACE The Place (MAEC).



Pada tahun ini, MAEC Ace The Place bekerjasama dengan Masjid Yusof Ishak, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) untuk mendekati penduduk yang tinggal di flat sewa.



Sokongan padu dan kerjasama antara MAEC dengan Masjid Yusof Ishak, HPB dan RLAF telah membolehkan MAEC mendekati penduduk yang memerlukan dengan lebih baik, kata Encik Vikram.



Usaha tersebut juga berjaya mendekati seramai 300 keluarga yang kurang berkemampuan, tambahan daripada 250 keluarga pada tahun 2022.



Ketika ditemui Berita Harian, seorang penerima habuan Encik Mohd Yusop Rais, 77 tahun, berkata beliau amat bersyukur dengan pemberian itu.



Beliau berkata: "Alhamdulillah, saya dapat bubur, baucar NTUC sebanyak $30 sumbangan RLAF, dan juga beberapa barangan kering seperti biskut, kurma dan air kotak.



"Sedikit sebanyak ia dapat membantu saya dalam perbelanjaan harian pada bulan Ramadan," kata Encik Mohd Yusop.



Pada 22 Mac, RLAF telah mengumumkan sekitar 7,000 isi rumah akan menerima set baucar bagi sajian harian serta keperluan barangan dapur mereka dengan harapan untuk membawa keceriaan kepada keluarga dan individu rentan.



Selain barangan kering dan baucar, penerima juga menerima kad resipi makanan sihat bagi menggalak penduduk untuk menjaga makanan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >