Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,145 daripada 15,540 pesakit kanak-kanak perlu rawatan hospital, kemudahan Covid-19

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 20 peratus daripada 15,540 kanak-kanak bawah 12 tahun yang dijangkiti Covid-19 memerlukan rawatan di hospital atau kemudahan Covid-19.



Hingga Sabtu lalu, kesemua 3,145 kanak-kanak itu sudah keluar dari hospital, menurut Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen semalam.



Menurutnya, sejak pertengahan Oktober lalu, terdapat beberapa kes jangkitan Covid-19 serius dalam kalangan kanak-kanak dan ada memerlukan rawatan intensif.



"Meskipun kanak-kanak kurang jatuh sakit teruk selepas dijangkiti Covid-19 berbanding golongan dewasa, masih terdapat risiko mereka jatuh sakit teruk atau mengalami komplikasi Covid-19 seperti Sindrom Radang Pelbagai Sistem dalam Kanak-Kanak (MIS-C)," kata Dr Janil.



Hingga Jumaat lalu, sekitar 123,000 kanak-kanak lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty atau menempah temu janji, sejak langkah memberi vaksin kepada kanak-kanak lebih kecil bermula bulan lalu.



Menurut Dr Janil, hingga Jumaat lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) belum menerima sebarang laporan mengenai sebarang "kejadian buruk serius atau miokarditis daripada vaksinasi yang diterima kanak-kanak di Singapura".



Berkaitan suntikan penggalak, beliau berkata pada masa ini tiada rancangan bagi kanak-kanak mendapatkannya.



"Jika ia diperkenal, MOH akan terus memastikan keluarga mempunyai kanak-kanak boleh mendapatkan khidmat vaksinasi secara mudah," katanya.



Menjawab pertanyaan lain Anggota Parlimen (AP) berkaitan kemungkinan kesan sampingan vaksin itu terhadap kanak-kanak, Dr Janil berkata menurut data antarabangsa tiada isu keselamatan timbul sejauh ini.



Di Amerika Syarikat - tempat sekitar 8.7 juta dos vaksin telah diberi kepada kanak-kanak pada 19 Disember - kebanyakan kejadian buruk yang dilaporkan tidak serius dan tiada isu keselamatan diketengahkan. Menurut Dr Janil, 2.4 peratus kanak-kanak di Amerika mengalami kesan buruk seperti demam, muntah, sawan dan miokarditis, iaitu radang jantung.



Buat masa ini, hanya vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech/Comirnaty boleh diberi kepada kanak-kanak bawah 18 tahun. Pengecualian khas diberi kepada mereka yang berusia antara 12 hingga 17 tahun yang tidak layak menerima vaksin itu dan mereka boleh menerima vaksin Sinovac-CoronaVac.



Dr Janil berkata MOH akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 bagi menyemak apakah pengecualian itu boleh dilanjutkan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, yang tidak layak untuk melengkapkan rejimen vaksin Pfizer.



Hingga Khamis lalu, kurang 4 peratus golongan berusia 12 hingga 19 tahun, iaitu 14,097 orang, kekal tidak divaksin. Seramai 14 daripada mereka tidak layak dari segi perubatan untuk menerima vaksin PfizerBioNTech/Comirnaty.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >