Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$315j diperuntuk perluas rangkaian penghubung taman termasuk laluan riadah 62km Tuas-Changi

Mar 04, 2021 | 08:40 PM



SATU laluan berjalan dan berbasikal baru sepanjang 62 kilometer yang menghubungkan Tuas dengan Changi sedang dirancangkan.



Laluan C2C (pantai ke pantai) Southern Trail itu merupakan antara  empat laluan riadah yang diumumkan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, pada Khamis (4 Mac) sewaktu bahas belanjawan kementerian beliau di Parlimen.



Laluan lain yang sedang dalam perancangan termasuk laluan utara Coast-to-Coast Northern Trail sepanjang 25 km yang menghubungkan Sungei Buloh dengan Khatib Bongsu; laluan Central Corridor 34 km yang menghubungkan Woodlands dengan pusat bandar; dan laluan Eastern Corridor 8 km antara East Coast-Pasir Ris



Apabila laluan tersebut selesai dibina menjelang 2030, ia akan menjadi sebahagian rangkaian lapan laluan riadah sepanjang 360 km.



Secara keseluruhan, lebih $315 juta dolar akan diperuntuk untuk membina laluan baru itu dan projek lain untuk memperluas taman dan Rangkaian Penghubung Taman (PCN) di sini.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >