Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

32 skrip jawapan Kertas 2 bagi subjek matematik tambahan pelajar Singapura hilang di Britain

Jan 14, 2019 | 05:34 PM



BEG mengandungi 32 skrip jawapan subjek matematik tambahan bagi peperiksaan GCE peringkat 'O' pelajar Singapura yang dibawa seorang pemeriksa telah diambil secara tidak sengaja oleh seorang lagi penumpang kereta api di Britain November lalu.



Skrip jawapan Kertas 2 itu, yang membentuk 56 peratus keseluruhan gred subjek itu, tidak ditemui meskipun satu siasatan besar oleh Cambridge Assessment untuk mengesan beg itu, yang hilang dalam perjalanan dari London ke Sheffield di England pada 21 November.



Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB), yang mengadakan taklimat media hari ini (14 Jan), berkata 32 kertas itu adalah dari dua sekolah menengah - 20 dari Sekolah Tinggi Nan Hua dan 12 dan Sekolah Menengah Hong Kah, yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Jurongville. 



Pelajar-pelajar itu, yang menerima keputusan peperiksaan GCE peringkat 'O' mereka hari ini bersama kohort mereka, telah diberi gred bagi subjek matematik tambahan berdasarkan prestasi mereka dalam Kertas 1 dan prestasi kohort mereka.



Sekitar 91 peratus calon yang terjejas, atau 29 mereka, meraih sekurang-kurangnya gred lulus bagi subjek matematik tambahan, dengan sekitar 20 lulus dengan cemerlang dengan gred A1 atau A2.



SEAB berkata hampir semua calon yang terjejas mendapat gred lebih baik atau sama bagi subjek itu apabila dibandingkan dengan peperiksaan preliminari sekolah mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >