Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

328 pesalah kes jenayah seksual terlepas hukuman rotan kerana usia lebih 50 tahun

Mereka rangkumi 15% dari 2,234 pesalah berkenaan sepanjang tiga tahun lalu: Shanmugam
Jan 11, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR 15 peratus atau 328 daripada 2,234 pesalah lelaki yang diberkas sepanjang tiga tahun lalu atas kesalahan seksual dan mencederakan yang serius terlepas daripada hukuman sebatan memandangkan mereka berusia lebih 50 tahun.



Daripada 2,234 lelaki itu, 1,906 berusia 50 tahun atau lebih muda apabila mereka lakukan jenayah.



Daripada angka 1,906 itu, 21 daripada mereka lebih daripada 50 tahun semasa mereka diberkas, bermakna mereka terlepas daripada hukuman sebatan.



Daripada kumpulan itu, 17 daripada mereka terlibat dalam jenayah seksual.



Angka-angka tersebut dibentangkan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam dalam jawapan Parlimen bertulisnya kepada Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong), yang bertanyakan tentang data mengenai lelaki yang diberkas bagi kesalahan sedemikian.



Encik Shanmugam kelmarin menjawab tiga soalan yang difailkan para Anggota Parlimen (AP) mengenai isu hukuman sebatan, yang diperdebatkan semula selepas Presiden Halimah Yacob menimbulkan isu itu bulan lalu.



Presiden Halimah telah menulis dalam catatannya bahawa perogol berusia lebih 50 tahun tidak sepatutnya terlepas daripada disebat, dan sudah sampai masanya menyemak semula undang-undang itu menyusuli kes-kes rogol yang membimbangkan ke atas kanak-kanak oleh saudara mereka di dalam rumah sendiri.



Di bawah undang-undang, lelaki yang berusia lebih 50 tahun tidak boleh disebat.



Kelmarin, Encik Shanmugam menulis bahawa 2,234 lelaki diberkas antara Januari 2020 dengan November lalu bagi kesalahan termasuk rogol, serangan seksual, penembusan seksual ke atas kanak-kanak, menyebabkan kecederaan teruk secara sengaja, dan kesalahan homisid.



Encik Shanmugam berkata beliau tidak mempunyai data sedia ada sehingga 2012 seperti yang diminta Dr Tan.



Begitu juga tiada data sedia ada mengenai pesalah lelaki yang di bawah usia 50 tahun semasa mereka melakukan kesalahan, tetapi telah melepasi usia 50 tahun semasa dihukum.



Ketua pembangkang, Encik Pritam Singh (GRC Aljunied), bertanyakan berapa ramai pesalah berusia lebih 50 tahun yang telah dihukum bagi kesalahan seksual serius terhadap golongan muda berbanding dengan mereka yang berusia bawah 50 tahun sepanjang lima, 10 dan 15 tahun lalu.



Beliau juga bertanyakan sekiranya ada trend bahawa lebih ramai orang dalam linkungan usia lewat 40-an tahun dan berusia lebih 50 tahun yang melakukan kesalahan seksual serius terhadap golongan muda, termasuk anggota keluarga dan saudara-mara.



Encik Shanmugam berkata data sepanjang tempoh yang diminta Encik Singh tidak sedia ada.



Namun beliau berkata daripada Januari 2020 hingga Julai tahun lalu, Mahkamah Negara menjatuhkan hukuman ke atas 12 pesalah lelaki yang berusia lebih 50 tahun semasa hukuman dijatuhkan, berbanding 86 pesalah yang berusia 50 tahun ke bawah, bagi kesalahan seksual serius yang boleh dihukum sebat.



Di Mahkamah Tinggi antara Januari 2020 hingga bulan lalu, terdapat 29 pesalah lelaki berusia lebih 50 tahun semasa hukuman dijatuhkan, dan 100 pesalah berusia 50 tahun atau lebih muda, yang didakwa bagi kesalahan seksual serius yang boleh dihukum sebat.



Encik Shanmugam berkata tidak terdapat trend yang bertambah bahawa lebih ramai individu berusia lewat 40 tahun dan lebih 50 tahun yang melakukan kesalahan seksual serius terhadap golongan muda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >