Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,481 kes baru Covid-19, 17 kematian; kadar pertumbuhan jangkitan mingguan capai 0.88

Nov 10, 2021 | 11:55 PM



TERDAPAT 3,481 jangkitan baru Covid-19 pada  Rabu (10 Nov), meningkat daripada 3,397 sehari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laporan hariannya.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula  meningkat sedikit kepada 0.88,  daripada 0.82 pada  Selasa. Kadar jangkitan merujuk kepada nisbah kes masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang melebihi angka satu menunjukkan jumlah kes mingguan baru Covid-19 masih meningkat.

Ini adalah hari kelapan berturut-turut kadar itu di bawah angka satu sejak MOH mula melaporkan angka tersebut.





Terdapat 17 orang berumur antara 65 dengan 101 tahun meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan Covid-19, kata MOH.

Kesemuanya mempunyai pelbagai isu kesihatan lain, ujar kementerian itu tanpa memberi butir.

Kematian terbaru itu menjadikan jumlah kematian di Singapura kepada 540. 





Kes jangkitan baru merangkumi 3,244 kes dalam masyarakat, 229 di asrama pekerja asing dan lapan kes import. Kes tempatan termasuk 506 orang berumur 60 tahun ke atas.

Jumlah kes jangkitan di negara ini kini berjumlah 227,681.

Selain itu, kadar penggunaan keseluruhan unit jagaan rapi (ICU) pada Rabu adalah 71 peratus – turun daripada 72.4 peratus pada Selasa, tambah MOH.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >