Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

350 sukarelawan sertai sesi kecemasan masyarakat sempena Hari Pertahanan Mutlak

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI 350 sukarelawan Team Nila telah mengikuti sesi Program Kesediaan Kecemasan Masyarakat (CEPP) pertama mereka semalam sempena memperingati Hari Pertahanan Mutlak.



Gerakan kesukarelawanan negara itu, yang antara lain, menggalak budaya memberi serta perkukuh perpaduan sosial melalui sukan, telah memulakan Jejak Pertahanan Menyeluruh 2.0 baru.



Ia merupakan salah satu daripada tiga komponen dilakukan oleh Team Nila sepanjang bulan Februari.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, komponen ini bertujuan menekankan pentingnya kesiapsiagaan dalam menghadapi gangguan dan krisis selain menonjolkan bagaimana Pertahanan Mutlak boleh dilaksanakan dalam kehidupan sehari-hari.



Diadakan di empat ibu pejabat Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di seluruh negara, CEPP memberi tumpuan kepada kemahiran teras menyelamatkan nyawa dan prosedur kecemasan.



Dua lagi komponen yang mereka lakukan termasuk melaksanakan Pertahanan Mutlak dengan menyerahkan ikrar dalam talian Pertahanan Mutlak dan mendaftar sebagai Responder SGSecure serta melengkapkan Jejak Pertahanan Mutlak 2.0.



Dilancarkan buat pertama kali tahun lalu, orang awam dapat mengikuti Jejak Pertahanan Mutlak yang membentangkan enam tunggak Pertahanan Menyeluruh seperti The Float @ Marina Bay.



Tahun ini, Jejak Pertahanan Mutlak membawa orang ramai ke timur Singapura untuk meneroka tapak yang berkaitan dengan Pertahanan Mutlak, termasuk Galeri Pelawat NEwater dan e-Kiosk Pos Polis Kejiranan Timur Tampines (NPP).



Jejak baru itu direka oleh sekumpulan pelajar Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang menyerahkan cadangan mereka kepada Sandbox Pertahanan Mutlak.



Ia merupakan sebuah wadah yang menggalak orang ramai berkongsi idea tentang memperkukuh Pertahanan Mutlak dan menghidupkan idea mereka melalui pelaksanaannya dalam masyarakat.



Sehingga 28 Februari ini, orang ramai dapat menyertai jejak ini melalui permainan dalam talian GameOn Nila! dalam aplikasi mudah alih ActiveSG di mana orang awam digalakkan untuk kekal aktif dan sihat dengan meneroka Singapura.



Dalam permainan ini, orang ramai dapat meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan mencatat masa langkah dan mengimbas kod QR melalui pelbagai laluan yang tersedia untuk memperoleh Active Points.



Butiran lanjut tentang aktiviti ini boleh didapati di aplikasi mudah alih ActiveSG yang tersedia di kedua-dua peranti Android dan iOS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >