Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,600 dapat habuan lebih $1.4j dari TAA

taa
Apr 26, 2022 | 05:30 AM



TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) mengagihkan habuan lebih $1.4 juta kepada 3,600 penerima kelmarin. Penerima termasuk pesakit ginjal, sakit jantung, barah dan pelbagai penyakit kronik lain.



Ketika berucap di majlis pengagihan itu, Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Encik Fahmi Aliman, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, melahirkan rasa gembiranya melihat kepedulian masyarakat Melayu/Islam terhadap golongan memerlukan.



Beliau gembira di sebalik cabaran mengumpul dana dalam keadaan pandemik Covid-19, masyarakat tetap bermurah hati.



"Saya ingin menyeru masyarakat kita agar terus menghulur sumbangan kepada usaha TAA yang murni ini. Bajgi sifat dermawan masyarakat, saya ucapkan syabas," ujarnya di majliis di Wisma Geylang Serai itu.



TAA, yang dimulakan pada 1992, menyambut ulang tahunnya yang ke 30 tahun ini.



Daripada sumbangan derma menerusi kutipan tabung, saluran diluaskan kepada wadah digital seperti PayNow dan pemindahan bank serta menerusi laman Giving.Sg.



Sumbangan menerusi cek kepada TAA Trust Fund dan tabung TAA di Kompleks Joo Chiat masih diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >