Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$3.8b akan dibelanjakan bagi ICT demi percepat pendigitalan sektor awam

ict
Jun 24, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR $3.8 bilion akan dibelanjakan pemerintah bagi kontrak teknologi info komunikasi (ICT) tahun ini, bagi mempercepat pendigitalan dalam sektor awam.



Ini termasuk pembangunan sistem pemarkahan bagi kerja sekolah yang dikuasai kecerdasan buatan (AI), yang diumumkan sebelum ini, serta peningkatan aplikasi LifeSG, yang menyediakan khidmat kepada pengguna di pelbagai peringkat kehidupan mereka.



Jumlah yang akan dibelanjakan itu bertambah hampir 10 peratus daripada $3.5 bilion yang diperuntukkan bagi tahun kewangan sebelumnya, yang berakhir pada 31 Mac, kata Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) semalam.



GovTech berkata perbelanjaan ICT pada tahun ini akan meneruskan rentak pelaburan yang dibuat pada tahun-tahun lalu dan bertujuan memastikan manfaat diraih daripada pendigitalan ekoran pandemik Covid-19.



Hampir 83 peratus kontrak ICT akan ditawarkan kepada syarikat kecil dan sederhana (SME), kata agensi itu.



Agensi awam akan menawarkan lebih banyak perkhidmatan dalam talian dan projek bagi sistem lebih kecil agar lebih mudah untuk SME yang mempunyai gred kewangan lebih rendah mengemukakan bida.



Sekitar $500 juta akan diperuntuk bagi mempercepat penggunaan AI dalam sektor awam.



GovTech mengatakan AI akan membantu pemerintah memberi khidmat lebih baik, membuat keputusan lebih baik berdasarkan data dan mengoptimumkan operasi bagi memperbaiki produktiviti.



Ini termasuk pembangunan sistem pemarkahan berautomasi AI Kementerian Pendidikan (MOE), yang dirancang dijalankan dahulu bagi tugasan tertentu mata pelajaran Bahasa Inggeris.



Diumumkan pada 2019, sistem pemarkahan itu direka bagi menilai respons dalam format terbuka seperti respons bagi soalan jawapan pendek dan esei.



Sistem AI akan memberi tumpuan pada kesalahan bahasa seperti nahu, ejaan dan sintaksis, manakala guru akan memberi markah bagi idea, struktur dan kandungan.



Matlamatnya ialah menyediakan maklum balas cepat dan lebih peribadi kepada semua pelajar menengah dan sekolah rendah atas.



Analitik daripada sistem itu akan menolong pelajar memantau pembelajaran sendiri dan membolehkan guru membimbing pelajar dalam pembelajaran mereka.



Sistem itu juga akan memberi guru lebih banyak masa untuk memberi tumpuan pada aspek lain, seperti mereka pelajaran.



Menurut laporan sebelum ini, sistem itu dirancang dilancarkan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris menjelang tahun depan.



Matlamatnya ialah meluaskan sistem itu kepada subjek lain menjelang 2030, tetapi ia tidak akan digunakan bagi peperiksaan, termasuk Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Bagaimanapun, difahamkan bahawa garis masa itu mungkin berubah pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >