Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

4 pusat vaksinasi bakal ditutup jelang akhir Sept

Lebih banyak pusat akan ditutup kelak sedang kadar vaksinasi di S'pura meningkat
Sep 15, 2021 | 05:30 AM



EMPAT pusat vaksinasi akan ditutup menjelang akhir bulan ini dan lebih banyak yang akan menyusul sedang kadar vaksinasi di sini terus meningkat, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen semalam.



Namun pada masa yang sama, bilangan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang menawarkan vaksinasi akan ditambah dari 79 sekarang kepada sekitar 100 menjelang akhir bulan depan, tambahnya, sedang beliau menekankan kepentingan mengambil suntikan vaksin.



Buat masa ini, terdapat 37 pusat vaksinasi yang masih sedang beroperasi.



Mereka yang tidak dapat ke pusat vaksinasi atau PHPC untuk divaksinasi akan dikunjungi oleh pasukan bergerak pemerintah dan kumpulan vaksinasi rumah, katanya.



Dr Janil sedang menjawab soalan yang diajukan oleh 19 Anggota Parlimen (AP) yang telah bertanyakan tentang perkembangan terkini berhubung keadaan Covid-19 di sini dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang rancangan Singapura mengenai vaksinasi dan pembukaan semula ekonomi.



Kini, sekitar 81 peratus penduduk Singapura telah mendapat vaksinasi penuh.



Akur bahawa ada beberapa AP yang telah bertanyakan tentang kriteria beralih daripada satu peringkat pembukaan semula ke satu peringkat yang lain, Dr Janil berkata faktor yang diambil kira bukan sahaja kadar vaksinasi sahaja.



"Saya faham keinginan mendapatkan kriteria lebih telus dan yang sudah ditentukan lebih awal, tetapi selain kadar vaksinasi, kami juga perlu menimbangkan bilangan kes, kadar penularan, sikap sosial masyarakat dalam mematuhi langkah pengurusan selamat serta kedudukan proses pengujian," katanya.



Mengambil kira semua ini, pemerintah telah memutuskan menghentikan sebentar pelan Singapura untuk terus membuka semula ekonomi, menyusuli bilangan kes Covid-19 yang tinggi sekarang, kata Dr Janil.



Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 607 kes baru penyakit itu pada Isnin lalu dan ia menjangka perangkaan itu akan melebihi 1,000 kes tidak lama lagi.



Menurutnya, bagi menggalak warga untuk mengambil suntikan vaksin, MOH telah bekerjasama dengan individu berkepentingan untuk menangani keprihatinan mereka yang masih belum menerima suntikan itu ekoran komplikasi perubatan kerana menghidapi penyakit sedia ada, salah faham mengenai maklumat berkaitan vaksin dan kesan sampingannya atau mereka yang tidak melihat keperluan untuk divaksinasi.



MOH telah mengeluarkan pengesahan dan pembetulan dan di mana yang perlu, mengarahkan Akta Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) untuk memperbetul kepalsuan, kata Dr Janil.



Memberikan respons kepada soalan yang ditimbulkan berhubung keberkesanan suntikan koronavirus dalam melindungi kanak-kanak, beliau berkata tiada kanak-kanak di Singapura sejauh ini yang telah mengalami penyakit teruk dan memerlukan bantuan tambahan oksigen atau jagaan intensif akibat Covid-19.



"Kami bagaimanapun sedar bahawa bilangan kes dalam masyarakat kian meningkat dan mungkin terdapat lebih ramai kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 pada masa depan.



"Kami akan memastikan kanak-kanak ini menerima jagaan sewajarnya jika penyakit menjadi lebih teruk," ujarnya.



Mengenai soalan berhubung stok suntikan di sini, Dr Janil berkata Singapura telah mendapatkan portfolio vaksin yang menggunakan teknologi berbeza-beza.



Ini telah dilakukan untuk mempertingkat peluang negara untuk mendapatkan vaksin yang akan terus selamat dan berkesan akibat Covid-19.



Namun beliau menambah, lebih banyak maklumat mengenai stok vaksin Singapura, baki bilangan dos dan jadual penghantaran tidak boleh didedahkan kerana sensitiviti komersial dan kerahsiaan yang terjalin dengan pembuat vaksin.




"Kami bagaimanapun sedar bahawa bilangan kes dalam masyarakat kian meningkat dan mungkin terdapat lebih ramai kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 pada masa depan. Kami akan memastikan kanak-kanak ini menerima jagaan sewajarnya jika penyakit menjadi lebih teruk."
- Menteri Negara Kanan (Kesihatan) Dr Janil Puthucheary.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >