Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok TTSH: 4 wad ditutup selepas jumlah kes meningkat kepada 13; lebih banyak kes dijangka

Apr 30, 2021 | 07:58 PM



EMPAT wad di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) telah ditutup menyusuli pengesanan kelompok dengan 13 kes di situ.



Singapura menjangkakan akan mengesan lebih banyak kes Covid-19 berkaitan dengan kelompok ini dalam beberapa hari mendatang dengan kemungkinan mengambil langkah lebih ketat jika jangkitannya lebih meluas, kata Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, pada Jumaat (30 April).



Beliau menambah semua ruang awam yang dikunjungi kes Covid-19 ini pada masa virus kemungkinan mudah menjangkiti akan ditutup selama dua hari bagi kerja pembersihan.



Ini akan mengurangkan kemungkinan virus itu menular daripada kes masyarakat yang tidak dikesan di samping membantu memudahkan ujian bagi kakitangan di situ, tambah Encik Gan.



Kementerian Kesihatan (MOH) juga akan menjalankan ujian pemantauan buat pesakit yang baru-baru ini dibenarkan pulang dari TTSH serta pengunjung yang melawat hospital itu pada atau sesudah 18 April.



Semua kontak rapat kes yang dikenal pasti termasuk pesakit, pelawat dan kakitangan yang telah ke wad terjejas sudah dikuarantin.



Kelompok TTSH terdiri daripada lima kakitangan - dua doktor, seorang jururawat, seorang pembantu jagaan kesihatan dan seorang pekerja pembersihan serta lapan pesakit.



Empat kakitangan dan seorang pesakit yang positif koronavirus dalam kelompok ini telah menjalani vaksinasi penuh manakala seorang pesakit pula sudah mendapatkan suntikan pertama.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >