Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

41 kamera kelajuan pantau pemandu pecut dipasang di seluruh SG

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 41 kamera kelajuan tetap dan mudah alih digunakan di seluruh Singapura untuk mencegah para pemandu daripada memecut di jalan raya.



Dalam keputusan memasang kamera kelajuan, Polis Trafik (TP) akan mempertimbang kawasan di mana terdapat banyak kejadian pemecutan serta kawasan yang terdedah kepada kemalangan jalan raya, sama ada pada siang atau malam hari.



Menjawab pertanyaan yang diajukan Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) di Parlimen semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata:



"TP juga akan menilai sama ada suatu kawasan itu sesuai untuk memasang kamera dan dapat mengesan kesalahan (jalan raya) dengan berkesan.



"Selain memasang kamera kelajuan, pegawai TP juga menjalankan operasi mencegah pemecutan dan TP bekerjasama rapat dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk memasang bendul jalan serta jalur mengatur kelajuan (speed regulating strips) di mana perlu."



Cik Pereira turut menanyakan tentang kemalangan yang berlaku di Tanjong Pagar baru-baru ini serta tindakan penguatkuasaan yang telah dilakukan TP dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berikutan beberapa maklum balas dan aduan berkenaan insiden pemecutan di sana.



"Memang TP telah menerima maklum balas tentang pemecutan di sepanjang Tanjong Pagar Road, tapi bilangannya tidak tinggi.



"Pun begitu, TP sering melakukan rondaan dan sekatan jalan raya di kawasan tersebut untuk menghalang dan mengesan pemandu yang memandu semasa mabuk serta mereka yang memecut di sana," jawab Dr Faishal.



Dalam pada itu, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, mendedahkan bahawa LTA telah mengeluarkan purata 610 notis kesalahan setiap bulan kepada pemilik kenderaan yang diubah secara haram.



Ini termasuk bagi sistem ekzos dan sistem lampu yang tidak menepati syarat yang dibenarkan serta cermin kenderaan yang berwarna.



Dr Khor telah menjawab soalan yang diajukan Encik Lim Biow Chuan (SMC Mountbatten) tentang berapa ramai pemandu yang telah disaman kerana mengubah kenderaan mereka secara haram.



Dalam soalan susulannya, Encik Lim bertanya sama ada pemerintah akan meningkatkan penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih tinggi terhadap bengkel kereta yang melakukan pengubahan haram tersebut.



"Yang nyata, bukan sahaja pemandu yang telah meminta agar kereta mereka diubah, tetapi bengkel kereta juga bersubahat dalam melakukan pengubahan haram itu," ujar beliau, yang berkata ramai penduduk telah mengadu tentang kereta dan motosikal yang sangat bising yang memecut di sepanjang East Coast Parkway (ECP) serta Mountbatten Road.



Kereta-kereta dan motosikal-motosikal itu telah diubah secara haram dengan mengeluarkan penyekat bunyi, menurut Encik Lim.



Dr Khor berkata Akta Lalu Lintas Jalan Raya telah dikemaskini pada 2017 untuk memperkukuh penguatkuasaan terhadap bengkel kereta "tetapi masih hadapi cabaran untuk membuktikan kesalahan terhadap bengkel itu".



Ini kerana pemilik kenderaan perlu mengenal pasti bengkel tersebut dan setuju untuk menjadi saksi pendakwaan.



"Sejauh ini, pemilik kenderaan yang kami temuramah tidak memberi kerjasama mereka.



"Bagaimanapun, LTA sedang melihat cara lain untuk mengumpul bukti untuk mengambil tindakan terhadap bengkel-bengkel sedemikian," ulasnya.



Dr Khor turut menambah bahawa LTA juga cuba "membendung permintaan untuk pengubahsuaian haram daripada sumbernya" dengan meningkatkan hukuman terhadap pemilik kenderaan yang berbuat demikian.



Pada 2017, hukuman terhadap pemilik kenderaan yang telah mengubahsuai kenderaan mereka secara haram dinaikkan kepada $5,000 dan/atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali bagi pesalah kali pertama.



Hukuman itu digandakan bagi pesalah berulang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >