Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

413 terima bantuan wang dek kesan sampingan serius vaksin Covid-19

Jan 26, 2023 | 07:01 PM

SERAMAI 413 individu telah menerima bantuan kewangan pemerintah di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (Vifap) akibat kesan sampingan yang serius berkaitan vaksin Covid-19 sehingga 31 Disember tahun lalu. 


Bilangan mereka yang menerima Vifap itu naik daripada 296 pada akhir 2021. 


Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (25 Jan), sejumlah $1,895,000 telah dibayar atau ditawarkan kepada pemohon.


Bayaran Kategori 1 sebanyak $225,000 yang diberikan kepada mereka yang telah meninggal dunia atau mengalami kekurangan upaya kekal menyusuli pemberian vaksin Covid-19, diberikan kepada dua pemohon sejauh ini.


Laporan sebelum ini menyatakan bahawa dalam kalangan mereka yang layak menerima pembayaran maksimum adalah seorang remaja berusia 16 tahun.


Dia mengalami serangan jantung pada 2021 menyusuli sesi angkat berat, enam hari selepas menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty. 


Remaja itu dimasukkan ke unit jagaan rapi dan menjalani pemulihan pesakit. 


Vifap pula memberi “bantuan kewangan muhibah satu kali” kepada mereka yang mengalami kesan sampingan serius berkaitan vaksin Covid-19. 

 

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >