Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4,337 kereta baru didaftar bagi khidmat sewa privet separuh pertama 2022

Sep 27, 2022 | 05:30 AM



LEBIH ramai orang memilih untuk menggunakan khidmat kereta sewa daripada membeli kereta dewasa ini berdasarkan trend terbaru.



Menurut perangkaan, sebanyak 4,337 kereta baru telah didaftarkan untuk khidmat sewa privet pada separuh pertama 2022, meningkat 25.4 peratus daripada tempoh yang sama pada 2021.



Dengan jumlah pendaftaran kereta baru dalam tempoh yang sama turun sebanyak 35.2 peratus daripada 25,678 kepada 16,640, kereta sewa baru mengambil peratusan yang meningkat di dalam pasaran yang semakin berkurang.



Pemerhati industri memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa syarikat pemilik sewa kereta menyumbang sebahagian besar dalam kereta sewa baru, dan kemudian menyumbang kepada peningkatan bagi premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE).



Di antara kereta sewa, pendaftaran bagi mereka yang digunakan untuk menyediakan perkhidmatan sewa kereta - seperti Grab dan Gojek - meningkat sebanyak 8.4 peratus.



Kereta yang disewakan untuk perkhidmatan memandu sendiri atau khidmat perkongsian kereta melonjak lebih daripada 46 peratus.



Peningkatan itu menunjukkan bahawa syarikat sedang mengembangkan rangkaian kereta mereka, kerana menjangkakan lebih ramai orang akan menyewa kereta untuk bersiar-siar daripada membeli kenderaan mereka sendiri kerana premium COE yang semakin meningkat membuat pengguna keluar daripada pasaran pembelian kereta.



Dalam kategori untuk kereta yang lebih kecil dan kurang berkuasa, premium COE telah meningkat sebanyak 45.8 peratus daripada $57,599 dalam pelaksanaan tender pertama 2022 kepada $84,000 Rabu lalu.



Peniaga motor berkata permintaan untuk kereta daripada pembeli untuk kegunaan sendiri adalah lemah sejak penghujung tahun 2021, dan keadaan itu menjadi lebih teruk apabila premium COE mencecah paras tertinggi pada awal tahun ini.



Sektor kereta sewa nampaknya semakin meningkat.



Firma perkongsian kereta elektrik, BlueSG, mendaftarkan 109 kereta baru antara Januari dan Ogos tahun ini, menambah kepada 693 unit kereta yang sedia ada di jalan raya pada penghujung 2021.



ST melaporkan Jumaat lalu bahawa BlueSG akan menambah sehingga 500 unit berkuasa bateri Opel Corsa-e hatchback kepada rangkaian kereta mereka selama beberapa bulan ini.



Lebih banyak daripada kereta putih BlueSG adalah kereta dari GetGo, yang mula beroperasi pada Februari 2021.



Syarikat perkongsian kereta itu telah berkembang pesat. Daripada rangkaian 400 kereta, jurucakapnya berkata ia mempunyai 1,500 kereta hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >