Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

450,000 alat jejak kontak diedar kepada pekerja dormitori mulai 18 Okt

Oct 16, 2020 | 09:52 PM



LEBIH 450,000 alat jejak kontak akan diedarkan kepada pekerja asing dan tempatan yang menetap atau bekerja di dormitori.



Alat ini juga akan diagihkan kepada pekerja dalam sektor binaan, kelautan dan pemprosesan.



Inisiatif ini diusahakan Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Penglibatan (ACE) dengan kerjasama Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital, Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) serta rakan industri seperti Persatuan Kontraktor Singapura.



Pembahagian alat jejak kontak ini akan dilaksanakan secara berfasa dari 18 Oktober 2020 dan dijadualkan selesai awal November 2020.



Butiran ini didedahkan dalam satu kenyataan bersama Kementerian Tenaga Manusia (MOM), BCA dan EDB.



Alat jejak kontak ini (token BluePass) dicipta khas buat sekitaran dormitori dan tapak kerja. Ia padat, kalis air dan boleh digunakan pada bila-bila masa.



Ia juga boleh disejajarkan seiringan dengan penggunaan aplikasi TraceTogether pada telefon bijak pekerja asing memandangkan sesetengah daripada mereka tidak selalu membawa telefon di tempat bertugas dan dormitori.



Menurut kenyataan itu lagi, Kumpulan ACE dan agensi sektor akan menguji dan menilai bagaimana token ini berfungsi dan beroperasi dalam sekitaran kerja yang lasak.



Mereka juga akan meneroka bagaimana data daripada token boleh membantu memperbaiki proses jejak kontak dan kuarantin apabila kes baru Covid-19 dikesan.



Usaha ini akan memberi manfaat buat majikan dan pekerja kerana hanya kontak dekat yang akan diasingkan lantas mengurangkan sebarang kegenjotan kerja.



Data juga boleh diperolehi daripada token berkenaan bagi menilai sejauh mana pergaulan sesama pekerja.



Ini akan membantu majikan dan pekerja agar lebih memahami bagaimana langkah pencegahan dapat dilaksanakan bagi mengurangkan pergaulan sesama mereka dan potensi virus ini tersebar.



Alat jejak kontak ini akan diedarkan kepada pekerja asing di dormitori yang dibina khas dengan sokongan Pasukan Jaminan dan Sokongan ke Hadapan (FAST).



Pekerja yang menetap di penginapan lain akan diberi alat masing-masing di Pusat Pemeriksaan Serantau (bagi Ujian Rutin Yang Dijadualkan).



Ruang mengambil sendiri alat ini juga disediakan bagi pekerja yang menetap di kawasan peralihan dan ruang penginapan lain.



Majikan dan pekerja akan diberitahu tentang tarikh mendapatkan alat tersebut




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >