Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 ditahan sebabkan cedera guna senjata di hotel Bugis

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



DUA wanita dan tiga lelaki berusia antara 16 hingga 23 tahun telah ditahan kerana menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya selepas polis tiba di sebuah hotel di kawasan Bugis pada Isnin.



Salah seorang yang diberkas merupakan remaja 19 tahun yang didapati cedera dan dibawa ke hospital. Dia dalam keadaan sedar.



Remaja itu bersama seorang lelaki berusia 16 tahun dan wanita berusia 23 tahun, juga disyaki melakukan kesalahan dadah, kata polis. Dua lagi lelaki yang ditahan berusia 18 dan 22 tahun.



Polis mendapat panggilan meminta bantuan kira-kira 11.50 pagi. Saksi berkata mereka melihat beberapa anggota polis dan kakitangan forensik di Hotel Rest Bugis di 8, Jalan Kubor, sekitar tengah hari.



Cik Allen Tong, 42 tahun, pengurus sebuah kafe di seberang hotel, berkata:



"Saya datang ke kafe itu kira-kira tengah hari dan melihat ramai polis di kawasan itu.



"Saya kemudiannya melihat polis membawa seseorang yang berambut perang keluar dari hotel dengan bergari."



Encik Giorgio Cetkovic, 39 tahun, seorang cef eksekutif untuk beberapa restoran di kawasan itu, berkata beliau melihat anggota polis bersarung tangan menggeledah lorong belakang di Jalan Kubor.



"Kakitangan dari kedai makan yang berbeza di kawasan itu keluar untuk melihat, tetapi kami tidak tahu apa yang berlaku," katanya.



"Polis nampaknya sedang mencari sesuatu dan cuba mendapatkan rakaman kamera keselamatan," katanya.



Dua senjata yang dipercayai objek tajam kemudian ditemui di kawasan itu.



Salah seorang yang dipercayai remaja berusia 18 tahun yang ditahan adalah warga Indonesia, manakala yang lain semuanya warga Singapura, kata seorang lelaki yang enggan dikenali.



Siasatan sedang dijalankan. Mereka yang disabitkan dengan kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, denda dan rotan.




"Saya datang ke kafe itu kira-kira tengah hari dan melihat ramai polis di kawasan itu.

Saya kemudiannya melihat polis membawa seseorang yang berambut perang keluar dari hotel dengan bergari."

- Cik Allen Tong, pengurus sebuah kafe di seberang Hotel Rest Bugis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >