Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 lelaki ditangkap setelah 6kg 'daun' disimpan dalam beg sampah ditemui di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Jan 05, 2022 | 06:34 PM



BEG sampah mengandungi hampir 6 kilogram daun menjadi sebab lima lelaki ditangkap dalam minggu pertama tahun ini.



Itu kerana daun-daun itu yang diseludup ke Singapura adalah daun pokok kratom yang mengandungi Mitragynine dan 7-Hydroxymitragynine, yang diklasifikasikan sebagai dadah kawalan Kelas A di sini.



Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Woodlands mendapati sesuatu tidak kena dalam imej imbasan sebuah lori yang memasuki Singapura.



Mereka menjumpai beg sampah itu yang mengandungi 22 ikatan daun kratom seberat sekitar 5.8 kilogram yang disembunyikan di dalam petak bateri lori tersebut.

Pemandu lori warga Malaysia berusia 33 tahun itu ditahan dan dirujuk kepada Biro Narkotik Pusat (CNB).


Dalam operasi susulan pada hari yang sama, pegawai CNB menahan seorang lelaki warga Singapura berusia 33 tahun, seorang lelaki warga Malaysia berusia 40 tahun dan seorang lelaki warga Malaysia berusia 27 tahun di sekitar Pandan Loop.


Keesokan harinya, mereka menahan seorang lagi lelaki warga Malaysia berusia 31 tahun di sebuah bangunan komersial di Beach Road.


Dalam kenyataan bersama pada Rabu (5 Jan), ICA dan CNB berkata siasatan sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >