Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

500 pegawai dilatih lindung data syarikat

Oct 16, 2019 | 05:21 PM



SEKITAR 500 pegawai perlindungan data akan dilatih dalam tempoh tahun depan untuk memantau dan menilai amalan serta dasar perlindungan data peribadi bagi syarikat mereka sendiri, dan untuk mengenal pasti risiko mengumpul, menggunakan dan menyimpan data peribadi. 



Untuk tujuan itu, empat kursus perlindungan data akan dilancarkan bulan ini. Kesemua kursus tersebut akan dikendalikan Hab Pembelajaran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dengan kerjasama Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC).



10 kursus lain akan dilancarkan pada selepas itu. Syarikat dan individu yang berminat boleh mendaftarkan diri untuk kursus tersebut di Pusat Konvensyen Suntec Singapura hari ini, sebagai sebahagian daripada SG:D Industry Day. 



Ketua eksekutif Hab Pembelajaran NTUC Kwek Kok Kwong berkata dengan perubahan sektor perniagaan yang didorong data hari ini, terdapat keperluan yang lebih untuk karyawan yang memahami perlindungan data dan kesan negatif pencerobohan data. 



“Untuk itu, kami melancarkan empat kursus ini untuk memastikan pegawai perlindungan data mendapatan latihan yang relevan dan perlu untuk meningkatkan kemahiran mereka,” tambahnya. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >