Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

5,000 kampit beras tiruan dirampas Kastam Singapura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

5,000 kampit beras tiruan dirampas Kastam Singapura

Nov 25, 2016 | 10:50 AM

LEBIH 5,000 kampit beras seberat kira-kira 129 tan metrik dirampas di Terminal Pasir Panjang pada Khamis (24 Nov) daripada penghantaran dari India ke Singapura, kata Kastam Singapura dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beras itu disyaki sebagai barang tiruan yang melanggar cap dagang berdaftar di Singapura.

Pemilik cap dagang itu mengemukakan notis kepada Kastam Singapura untuk membantah import beras tersebut di bawah Seksyen 82 Akta Cap Dagang.

Selepas itu, Kastam Singapura memintas lima kontena 20-kaki yang membawa penghantaran lebih 5,000 kampit beras seberat kira-kira 129 tan metrik di Terminal Pasir Panjang.

Kastam Singapura merampas beras itu selepas pemeriksaan mendedahkan pembungkusannya mempunyai cap yang sama dengan cap dagang berdaftar berkenaan.

Pemilik cap dagang itu mengesahkan beras tersebut tiruan dan ia dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pengimportnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3