Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2023

$500j bagi Dana ElderCare, $1.5b buat MediFund bantu kos perubatan warga tua, susah

Feb 15, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan meningkatkan sumber bagi menyokong warga emas, terutama yang berpendapatan rendah, bagi keperluan penjagaan jangka panjang dan kesihatan mereka.



Warga emas dan individu berpendapatan rendah boleh mendapatkan lebih banyak bantuan bagi perbelanjaan perubatan mereka dengan tokokan $500 juta bagi Dana ElderCare.



Ini akan menyokong mereka yang memerlukan penjagaan di rumah, di pusat atau institusi, dengan subsidi ujian-kemampuan umum Timbalan Perdana Menteri (DPM) merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Selasa.



Dana itu menyediakan subsidi operasi kepada penyedia penjagaan jangka pertengahan dan jangka panjang, seperti rumah jagaan kendalian pertubuhan kebajikan sukarelawan.



Dalam pada itu, MediFund akan menerima tokokan $1.5 bilion. Ini bagi memperkukuh jaringan keselamatan untuk individu berpendapatan rendah dan warga emas yang menghadapi masalah kewangan berkaitan bil perubatan mereka, walaupun selepas subsidi MediShield Hayat dan MediSave, tambah Encik Wong.



Dengan Singapura menjadi antara negara yang mempunyai kadar penuaan penduduk semakin meningkat, terdapat keperluan membuat semakan dan mengemas kini pendekatan terhadap penjagaan warga emas, ujar Encik Wong.



"Walaupun ada orang hidup lebih lama, masih terdapat mereka yang menghabiskan tahun-tahun terakhir mereka dalam keadaan tidak begitu sihat. Ini ditambah pula dengan saiz isi rumah lebih kecil, hanya bermakna beban penjagaan meningkat bagi keluarga," katanya.



Justeru, dengan langkah ini, diharapkan warga emas dapat menjalani hayat mereka dalam keadaan kesihatan baik selain mempunyai pilihan mencukupi untuk menua di dalam masyarakat.



Dana ElderCare dan MediFund ialah dana endowmen pemerintah di mana sejumlah dana diketepikan dan digunakan bagi menjana pendapatan untuk membiayai program secara berterusan.



MediFund telah mengagih lebih $164 juta kepada warga Singapura yang memerlukan untuk membiayai bil perubatan mereka antara April 2021 dengan Mac 2022.



Jumlah itu adalah peningkatan sebanyak $7.2 juta daripada $156.9 juta pada tahun kewangan sebelumnya.



Lebih 1.2 juta pemohon berjaya mendapatkan pembiayaan oleh MediFund, sebuah dana endowmen yang bermatlamat membantu pesakit warga Singapura yang kurang mampu, yang tidak berupaya membiayai bil perubatan mereka selepas menerima subsidi daripada pemerintah, insurans dan potongan MediSave.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >