Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

537 suspek disiasat penipuan $13.3j

Nov 12, 2022 | 07:32 AM



SEORANG remaja berusia 13 tahun adalah antara 537 suspek yang kini membantu siasatan polis berkaitan dengan dakwaan mereka terlibat dalam penipuan di mana mangsa dilaporkan kerugian lebih $13.3 juta.



Ini berikutan operasi selama dua minggu di seluruh pulau yang dijalankan pegawai dari Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan pihak polis.



Menurut laporan The Straits Times, sekitar 352 lelaki dan 185 wanita berusia antara 13 hingga 76 tahun diberkas kerana disyaki terlibat sebagai penipu atau keldai wang dalam lebih 1,856 kes penipuan.



Kes tersebut merangkumi penipuan pekerjaan, penipuan pancingan data, penipuan pinjaman, penipuan penyamaran media sosial, penipuan cinta Internet dan penipuan melibatkan mereka yang menyamar sebagai pegawai pemerintah dan pegawai rasmi dari pemerintah China.



Suspek disiasat atas dakwaan kesalahan menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan khidmat pembayaran tanpa lesen.



The Straits Times melaporkan pada Ogos bahawa sekitar $227.8 juta hilang pada separuh pertama 2022 kepada 10 jenis penipuan teratas, termasuk penipuan pekerjaan, penipuan pancingan data, penipuan penyamaran media sosial dan penipuan cinta Internet.



Penipuan pekerjaan merupakan penipuan tertinggi dengan lebih 3,500 kes dilaporkan dan lebih $58 juta kerugian.



Kumpulan Kerja Anti-Pancingan data (APWG) mendedahkan bahawa penipuan pancingan data mencecah paras tertinggi sepanjang masa pada suku kedua 2022, dengan rekod 1.09 juta laman pancingan data unik ditemui dari April hingga Jun.



Ini meningkat daripada 1.02 juta laman dari Januari hingga Mac dan 888,000 laman dari Oktober hingga Disember 2021.



Pancingan data digunakan oleh penipu untuk mendapatkan data peribadi dengan berpura-pura menjadi pertubuhan yang sah atau menyamar sebagai seseorang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >