Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

55% projek BTO tertunda akibat Covid-19 kini siap: HDB

Projek flat tertangguh akibat pandemik dan kekurangan tenaga kerja asing kian dapat diatasi
Jan 29, 2023 | 05:30 AM



JUMLAH projek flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang tertangguh akibat Covid-19 telah berkurangan daripada lebih 90 peratus pada 2021 kepada sekitar 40 peratus projek yang sedang dijalankan pada bulan ini, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Ini sedang keadaan Covid-19 dan situasi tenaga kerja asing bertambah baik serta sokongan yang diberikan pemerintah kepada industri pembinaan.



HDB, dalam kenyataannya semalam, berkata ia telah menyiapkan sekitar 55 peratus daripada projek BTO yang tertunda, atau 52 projek, sepanjang dua tahun lalu, dengan kerjasama rakan binaan dan agensi pemerintah lain.



Ketua Pegawai Eksekutif HDB, Encik Tan Meng Dui, berkata: "Kadar penyiapan projek ini melebihi norma pra-Covid dan sebenarnya adalah yang tertinggi bagi HDB dalam tempoh lima tahun yang lalu.



"Sepanjang dua tahun seterusnya, kami akan terus bekerja keras untuk mengurangkan kelewatan projek BTO kami dan terus menyiapkan lebih banyak rumah untuk pembeli flat kami, tanpa menjejas keselamatan dan mutu."



Projek BTO pertama yang akan siap dibina tanpa sebarang tangguhan sejak Covid-19 bermula merupakan sebuah projek dengan masa menunggu lebih pendek, yang dijadualkan siap pada suku pertama tahun ini, kata HDB.



Projek itu ialah Keat Hong Verge di Choa Chu Kang yang dilancarkan pada separuh kedua 2020 dan akan menjadi antara projek BTO dengan masa menunggu terpendek selama 2.1 tahun.



Keat Hong Verge menawarkan 987 unit dua bilik fleksi, tiga bilik, empat bilik dan lima bilik di tiga blok.



Sejak 2018, HDB menawarkan beberapa flat BTO dengan masa menunggu lebih pendek kurang tiga tahun, dengan merancang kerja binaan lebih awal bagi tapak tertentu yang bersedia dibangunkan.



Hampir 11,000 flat BTO dengan masa menunggu lebih pendek telah ditawarkan sejauh ini, dengan sekitar 7,200 daripadanya dilancarkan antara 2020 dengan 2022 meskipun di tengah-tengah Covid-19.



HDB berkata walaupun projek flat BTO dengan masa menunggu lebih pendek terjejas dek Covid-19, ia menyasar melancarkan lebih banyak flat sedemikian pada masa depan, tertakluk pada ketersediaan dan persediaan tapak.



Tahun lalu, HDB telah melancarkan 23,184 flat BTO untuk penjualan - melebihi komitmen mereka untuk melancarkan 23,000 flat untuk tahun itu.



Ia bersedia melancarkan sehingga 100,000 flat antara 2021 dengan 2025.



Sehingga sekitar setahun lalu, HDB berkata ia menghadapi isu kekurangan 25 peratus tenaga kerja yang diperlukan untuk membina projek BTO.



Dalam usaha membolehkan pembeli flat berpindah ke rumah baru mereka secepat mungkin, lembaga itu bekerja rapat dengan kontraktor dan rakan agensi untuk melaksanakan langkah-langkah mengurangkan tangguhan dalam kerja binaan.



Antaranya, HDB mencari sumber pekerja dari luar negara dan membantu mereka memasuki Singapura dengan selamat untuk menangani isu kekurangan pekerja, dan menanggung sebahagian kenaikan kos berkaitan Covid-19.



Selain itu, HDB sedang merintis teknologi baru dalam projek BTO, seperti cetakan konkrit 3D untuk meningkatkan produktiviti binaan dan mengurangkan pembaziran bahan-bahan di projek BTO Garden Waterfront I & II @ Tengah yang dilancarkan pada November lalu.



Teknologi itu dijangka mempertingkat produktiviti sebanyak 25 peratus berbanding projek BTO lain dan akan dikaji bagi pelaksanaan untuk pembangunan BTO masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >