Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5,500 kes denggi setakat tahun ini, berbanding 5,258 seluruh tahun lalu

Apr 25, 2022 | 05:30 AM



HAMPIR 5,500 kes denggi dilaporkan setakat tahun ini, melebihi jumlah kes yang direkodkan sepanjang tahun lalu, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, semalam. Sejumlah 5,258 kes dicatatkan pada 2021.



Minggu berakhir 22 April menyaksikan 746 jangkitan denggi. Ini adalah angka tujuh hari tertinggi sejak minggu 30 Ogos hingga 5 September 2020, apabila 937 kes dilaporkan.



"Ini satu trend membimbangkan kerana kita sekarang berada hanya dalam bulan April, dan kami jangkakan peningkatan jumlah kes denggi dalam beberapa bulan akan datang," kata Cik Fu.



Beliau berkata demikian semasa pelancaran kempen Majlis Kesihatan Awam, Jaga Kebersihan, Singapura! edisi tahun ini. Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah mengatakan Singapura kini menghadapi situasi denggi serius dan mungkin menyaksikan wabak besar tahun ini.



Peningkatan mendadak kes yang berterusan berlaku sebelum musim puncak denggi dari pertengahan tahun hingga Oktober. Sehingga Jumaat lalu, terdapat 180 kelompok denggi aktif.



NEA berkata peningkatan kes tahun ini disebabkan tiga faktor. Pertama, cuaca panas, hujan dan lembap baru-baru ini mungkin menyebabkan bilangan nyamuk Aedes aegypti yang tinggi dalam masyarakat.



Kedua, virus denggi yang sebelum ini jarang berlaku di sini, serotype 3, kini menular di sini, bersama virus denggi serotype 2, yang telah menyumbang kepada wabak besar di sini pada 2019 dan 2020.



Pada 2019, 15,998 kes dilaporkan. Jumlah itu meningkat lebih seganda pada 2020, dengan 35,315 kes.



Ketiga, sebahagian tenaga kerja masih bekerja dari rumah, yang membawa kepada pendedahan lebih besar kepada nyamuk, yang mencari makan pada siang hari.



Cik Fu berkata kes denggi meningkat pada kadar amat membimbangkan, dan semua orang perlu membantu memerangi denggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >