Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

552 kes baru Covid-19; 1 kes baru Omicron

Dec 05, 2021 | 11:45 PM



 TERDAPAT 552 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan pada Ahad  (5 Dis), turun daripada 743 pada Sabtu.

Ini adalah hari ketiga jumlah kes berada di bawah 1,000.

Daripada kes baru itu,  satu adalah kes import yang diuji awal positif varian Omicron.

Pesakit itu telah menerima vaksin sepenuhnya dan mempunyai gejala ringan. Beliau tiba di sini dari Afrika Selatan pada 1 Disember dan dalam penerbangan sama dengan dua kes Omicron sebelum ini.





Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 berada pada 0.66, naik daripada 0.63 pada Sabtu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Kadar tersebut berada di bawah angka satu selama 23 hari berturut-turut. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang konsisten di bawah satu menunjukkan bilangan kes baru Covid-19 mingguan semakin menurun.





Selain itu, kadar penggunaan unit jagaan rapi (ICU) berada pada 51.2 peratus pada Ahad, turun daripada 54.7  peratus pada Sabtu.

Terdapat 13 orang berusia antara 52 dengan 96 tahun meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan Covid-19, umum MOH.

Kesemuanya mempunyai pelbagai isu kesihatan, tambah MOH, tanpa memberi butir lanjut.

Kematian terbaru menjadikan jumlah kematian di Singapura kepada 759.





Jangkitan baru itu merangkumi 523 kes dalam masyarakat, 14 di asrama pekerja migran dan 15 kes import.

Daripada kes masyarakat, 89 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Jumlah kes di Singapura kini berjumlah 269,211 .

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >