Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

595 kesalahan PMD dikesan Julai lalu

Aug 03, 2019 | 02:19 PM



HAMPIR 600 kesalahan berkaitan pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) dikesan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Julai lalu. 



Pihak berkuasa berkata 90 daripada 595 kesalahan tersebut melibatkan e-skuter yang tidak berdaftar. 



Di bawah peraturan baru yang bermula Julai lalu, pengguna PMD dilarang menunggang atau membolehkan orang lain menunggang e-skuter yang tidak berdaftar di laluan awam. 



Dalam satu operasi penguatkuasaan seluruh Singapura terhadap pengguna, sebanyak 222 alat dirampas, menurut pos di Facebook oleh LTA semalam. 



Pegawai LTA turut menjalani pemeriksaan terhadap 10 kedai PMD dan merampas 11 alat yang tidak mematuhi peraturan yang dipaparkan atau dijual. 



Sebahagian daripada alat-alat ini melebihi berat minimum 20 kilogram untuk PMD, manakala yang lain tidak mempunyai sijil UL2272, menurut LTA. 



Piawai UL2272 merupakan set keperluan keselamatan yang meliputi sistem elektrik PMD, termasuk sistem bateri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >