Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6 kit ART bakal diagih kepada setiap isi rumah

Jul 16, 2023 | 08:55 PM



Setiap isi rumah di Singapura akan menerima enam kit ujian pantas antigen (ART) antara 17 Julai dan 30 September 2023.

Ini merupakan kali kelima semua isi rumah di sini diberikan kit ART sejak pandemik Covid-19 bermula.

Dalam satu kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad, kit ART ini akan diambil dari simpanan negara, yang dibangunkan untuk mengurangkan gangguan rantaian bekalan dan lonjakan mendadak dalam penggunaan.

Menurut MOH, bekalan kit ART sedia ada mempunyai baki jangka hayat kira-kira enam bulan. Oleh itu, bekalan simpanan itu harus diperbaharui untuk mengekalkan daya tahan.

Kit ART yang diedarkan dijangka luput pada suku pertama 2024.

MOH berkata orang ramai masih boleh menggunakan kit tersebut pada hujung tahun 2023. Ini bertepatan dengan musim sejuk hemisfera utara di mana virus pernafasan termasuk influenza dan Covid-19 mungkin tersebar dengan lebih mudah ke seluruh dunia.

Kata MOH lagi, dengan lebih ramai yang bercuti ke luar negara dalam tempoh ini, ia juga dapat membantu keluarga mengambil langkah berjaga-jaga tambahan jika perlu.

“Setiap orang memainkan peranan dalam menjaga tanggungjawab sosial.

“Dengan peralihan ke arah endemik Covid-19, rakyat Singapura diingatkan untuk mengambil langkah melindungi diri mereka dan keluarga mereka, terutamanya warga emas dan orang yang terdedah dari segi perubatan,” kata MOH.

Mereka yang diuji positif Covid-19 dengan kit ART dinasihatkan untuk mengasingkan diri daripada orang ramai ketika mengalami gejala virus itu.

Jika perlu keluar semasa mengalami gejala, mereka harus memakai pelitup apabila meninggalkan rumah, meminimumkan interaksi sosial dan mengelakkan tempat yang sesak.

Mereka yang mudah terjejas dari segi perubatan atau mengalami jangkitan pernafasan akut (ARI) yang teruk, berpanjangan atau gejala semakin teruk harus berjumpa doktor.

MOH turut mengalakkan mereka yang layak menerima vaksin mendapatkan dos vaksin yang disyorkan.

“Mereka yang berumur lima tahun dan ke atas yang belum melengkapkan perlindungan minimum vaksinasi digesa berbuat demikian.

“Selain itu, individu berumur 60 tahun dan ke atas serta orang yang mudah terjejas dari segi perubatan disyorkan untuk menerima penggalak vaksin bivalen dikemas kini sekitar satu tahun selepas dos penggalak terakhir mereka,” kata MOH.

Mereka boleh mula menerimanya bermula lima bulan selepas dos penggalak terakhir mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >