Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6 lagi kematian Covid-19 di S'pura; 2,553 jangkitan baru

Oct 19, 2021 | 12:24 AM



ENAM warga Singapura, berusia antara 78 dengan 93 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, menjadikan jumlah kematian di sini akibat virus itu sebanyak 239 orang.


Mereka terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (18 Okt).


Empat daripada mereka tidak divaksin, satu telah divaksin sepenuhnya dan satu lagi baru  menerima satu dos vaksin


Kesemua mereka mempunyai kondisi perubatan yang membuat mereka lebih rentan, kata MOH tanpa memberikan keterangan lebih lanjut.


Di kalangan mereka yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam masa 28 hari kebelakangan, 25.5 peratus telah divaksin sepenuhmya, dan baki sama ada tidak divaksin atau baru menerima satu dos vaksin.


Kematian berkaitan dengan Covid-19 telah dicatat setiap hari sejak 20 September.


Terdapat 2,553 jangkitan Covid-19 baru secara keseluruhan, terdiri daripada 2,008 kes masyarakat, 544 di asrama pekerja migran dan satu kes yang diimport.


Kes masyarakat termasuk 359 orang berumur lebih 60 tahun.


Di kalangan kelompok besar yang dipantau, enam mempunyai kes baru.


Rumah penjagaan warga emas Bukit Batok Home for the Aged mempunyai lapan kes baru, menjadikan keseluruhan 52 kes. Ini terdiri daripada 51 penghuni dan seorang kakitangan.


Dua kes baru juga ditambahkan ke United Medicare Center di Toa Payoh, menjadikan jumlah kelompok itu ke 128. Daripada jumlah tersebut, 109 adalah penghuni, 18 adalah kakitangan dan satu adalah kontak isi rumah.


My World Preschool di Hougang Dewcourt mempunyai dua kes baru menjadikan jumlah 16 kes. Daripada 16 kes tersebut, tiga adalah kakitangan, sembilan adalah pelajar dan empat daripadanya adalah kontak isi rumah.


Satu kes baru ditambahkan setiap satu ke St Andrew's Nursing Home di Taman Jurong, MWS Christalite Methodist Home di Marsiling, dan Apex Harmony Lodge di Pasir Ris.


Jumlah kes di Singapura kini 150,731.


Pada Isnin, terdapat 15,132 pesakit dalam pemulihan rumah, 3,209 di kemudahan penjagaan masyarakat dan 858 di kemudahan rawatan Covid-19.


Terdapat 1,714 pesakit di hospital, naik daripada 1,651 pada Ahad, dengan 337 pesakit memerlukan sokongan oksigen.


Terdapat 67 pesakit di unit jagaan rapi.


Sejauh ini, 84 peratus penduduk telah divaksin sepenuhnya dan 85 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.


Sejumlah 588,596 orang telah menerima suntikan penggalak mereka dan 83,000 lagi telah membuat janji temu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >