Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6 perkara yang perlu anda ketahui sedang Singapura menarik balik peraturan Covid-19

Feb 09, 2023 | 09:00 PM



1. Tidak perlu pakai pelitup di dalam pengangkutan awam

Mulai 13 Februari, penumpang tidak perlu memakai pelitup apabila menaiki pengangkutan awam.


Namun, Kementerian Kesihatan (MOH) masih mewajibkan pelawat, kakitangan dan pesakit di pusat penjagaan kediaman dan kesihatan untuk memakai pelitup apabila berinteraksi dengan pesakit.

Ini termasuk wad hospital, klinik dan rumah jagaan.



2. Vaksin Covid-19 kekal percuma

Vaksinasi Covid-19 dan antivirus oral akan kekal percuma buat mereka yang layak.


Semua warga Singapura, penduduk tetap, pemegang pas jangka panjang dan pemegang pas jangka pendek tertentu akan terus ditawarkan vaksin Covid-19 tanpa sebarang kos.



3. Rawatan dan ujian tidak lagi diberi subsidi penuh mulai 1 April

Mulai 1 April, rawatan bagi mereka yang dimasukkan ke hospital atau kemudahan rawatan Covid-19 kerana virus Covid-19 tidak lagi diberi subsidi penuh, tanpa mengira status vaksinasi pesakit.


Semua pesakit akan diminta membayar ujian Covid-19 mulai 1 April.



4. TraceTogether dan SafeEntry tidak lagi diperlukan

Orang ramai boleh memadamkan aplikasi TraceTogether mereka, dan perusahaan juga boleh melakukan perkara sama untuk Aplikasi SafeEntry (Perniagaan).


Pemerintah tidak lagi memerlukan orang yang dijangkiti untuk menyerahkan data TraceTogether.



5. Pengembara yang tidak divaksinasi yang memasuki Singapura tidak perlu ujian prakeberangkatan

Mulai 13 Februari, pengembara yang tidak divaksin sepenuhnya dan memasuki Singapura tidak lagi perlu mengambil ujian prakeberangkatan.


Pelawat jangka pendek yang tidak diberi vaksin sepenuhnya tidak perlu lagi membeli insurans perjalanan Covid-19.



6. Pekerja migran tidak perlu lagi memohon pas untuk masuk tempat popular

Mulai 13 Februari, pekerja migran akan dibenarkan melawat tempat awam tanpa memohon Pas Tempat Popular.


Pas itu diperkenalkan pada Jun 2022 untuk menguruskan kesesakan di Chinatown, Geylang Serai, Jurong East dan Little India pada Ahad dan cuti umum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >