Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

600 peruncit serata Singapura akan menerima WeChat Pay mulai 1 November

Oct 23, 2018 | 02:59 PM



PELANGGAN yang terlupa membawa dompet mereka apabila berbelanja di Cold Storage, Giant, Guardian dan 7-Eleven tidak lama lagi akan dapat membuat bayaran menggunakan telefon bimbit mereka menerusi WeChat Pay.



Kumpulan runcit setempat Dairy Farm Singapore dan Nets mengumumkan hari ini (23 Oktober) bahawa mereka telah bekerjasama dengan gergasi bayaran elektronik China WeChat untuk menawarkan pelanggan pilihan membuat bayaran dengan khidmat dompet digitalnya di lebih 600 peruncit di Singapura.



Khidmat itu akan ditawarkan mulai 1 November di kedai-kedai Cold Storage, Giant, 7-Eleven dan Guardian serata negara.



Pelancong dari China dan warga China yang menetap di Singapura juga dapat menikmati kemudahan pilihan bayaran ini, kata Dairy Farm dan Nets dalam satu kenyataan bersama.



Buat masa ini, pilihan bayaran itu sedang dirintis di kedai 7-Eleven dan Guardian di Lapangan Terbang Changi, serta di Orchard Road dan Chinatown.



Untuk menggunakan WeChat Pay, pengguna harus mengimbas kod Nets QR di terminal pembayaran tunggal (uPOS) Nets.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >