Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

60,000 ruang solat tarawih berjemaah bakal disediakan di masjid setempat

Jemaah perlu tempah slot bagi solat isyak dan tarawih menerusi sistem dalam talian yang akan dibuka lusa
Mar 29, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 60,000 ruang bagi solat tarawih berjemaah akan disediakan di masjid-masjid di sini setiap malam sedang masjid-masjid di sekitar Singapura menyambung semula kegiatan dengan cara yang lebih terkawal sepanjang Ramadan nanti.



Bagi tujuan pengurusan kapasiti di masjid dan sebagai respons kepada permintaan jemaah yang mahukan pengalaman lebih selamat dan teratur, jemaah perlu menempah slot bagi solat isyak dan tarawih menerusi sistem dalam talian yang akan dibuka lusa pada 10 pagi, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataannya.



Solat tarawih akan bermula pada 8.45 malam, dengan tempat bagi jemaah wanita turut tersedia di semua masjid.



Terdapat satu tingkap tempahan sepanjang Ramadan dan jemaah boleh membuat tempahan beberapa kali sepanjang Ramadan, menurut Muis lagi.



Ini berbanding tahun lalu, di mana masyarakat Islam di sini hanya berpeluang menunaikan solat tarawih sehingga tiga kali di masjid - sekali pada 10 hari pertama, pada 10 hari kedua, dan 10 malam terakhir, dengan setiap tempoh tempahan itu akan menawarkan sekitar 84,000 ruang solat.



"Jemaah dinasihatkan untuk membuat perancangan awal, dan membatalkan tempahan mereka jika mereka tidak sihat dan tidak dapat datang ke masjid, agar jemaah lain boleh mendapatkan slot," kata Muis dalam kenyataannya.



Sehubungan itu, Muis menasihatkan masyarakat Islam setempat untuk berbuka puasa dan menunaikan ibadah solat Maghrib berjemaah bersama-sama keluarga mereka di rumah.



Setelah itu, mereka boleh ke masjid untuk melaksanakan solat isyak sebelum solat tarawih berjemaah, sekiranya tempahan dibuat.



Bagi jemaah yang tidak berkesempatan untuk berbuka puasa bersama keluarga di rumah disebabkan komitmen pekerjaan, beberapa masjid, jika mampu, akan menyediakan ruang yang terpisah dari ruang solat utama, di mana jemaah boleh berbuka puasa, tertakluk kepada langkah pengurusan selamat yang dikuat kuasa.



Mereka kemudian boleh menunaikan solat maghrib sebelum sambung bekerja.



Sementara itu, qiyamullail juga akan diadakan di masjid-masjid terpilih pada 10 malam terakhir Ramadan. Tiada tempahan diperlukan bagi hal tersebut namun, jemaah tidak dibenarkan bermalam di masjid dan sahur tidak akan disediakan.



Pengarah Kanan bagi Masjid dan Pembangunan Masyarakat Muis. Encik Zaini Osman berkata, meskipun kebanyakan kegiatan masjid akan dibenarkan semula dengan cara yang lebih terkawal ketika Ramadan, namun ini tidak bermakna keadaan akan kembali seperti sebelum Covid-19 kerana langkah pengurusan selamat masih akan tetap dilaksanakan.



Ini demi memastikan "keselamatan para jemaah", selain "mengurangkan risiko penularan", ujarnya.



Beliau juga berharap masyarakat dapat memberikan kerjasama agar dapat terus sama-sama menjaga dan memelihara kesejahteraan para jemaah dan juga sekitaran masjid.



"Alhamdulillah, kelonggaran langkah-langkah yang dikemas kini baru-baru ini memberikan kita fleksibiliti untuk membuka lebih banyak ruang di masjid bagi memastikan pengalaman yang lebih selesa untuk masyarakat Islam semasa Ramadan tahun ini," kata Encik Zaini sambil mengajak masyarakat Islam di sini untuk kembali menyemarakkan Ramadan di masjid-masjid.



Tahun ini, masyarakat Muslim di Singapura dijangka menyambut Ramadan dari 3 April hingga 2 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >