Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

63 majikan gagal bayar bil perubatan pekerja asing antara 2016 hingga 2020

Mar 08, 2021 | 05:46 PM



ANTARA 2016 dengan 2020, terdapat 63 kes majikan tidak membayar bil perubatan pekerja asing mereka, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad pada Isnin (8 Mac).



Encik Zaqy menambah rata-rata bagi kebanyakan kes yang tidak berasas ini, pihak majikan melunaskan kos perubatan tersebut sejurus selepas tindakan pentadbiran diambil Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Baki majikan yang engkar telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Menggajikan Tenaga Manusia Asing.



Menjawab soalan Anggota Parlimen Leon Perera (GRC Aljunied) tentang keperluan jagaan kesihatan pekerja asing, Encik Zaqy menekankan majikan bertanggungjawab bagi kos perubatan pekerja mereka di Singapura.



Sebelum dihantar balik ke negara asal mereka, pekerja yang cedera perlu disahkan cergas secara perubatan untuk meneruskan tugas mereka dan memenuhi segala keperluan agar dapat hadir secara fizikal di sini bagi memproses tuntutan kecederaan di tempat kerja atau pendapatan. 



Encik Zaqy juga menambah, sepanjang lima tahun lalu, MOM telah mengambil tindakan ke atas dua majikan yang engkar dan secara haram menghantar pekerja asing mereka semula ke negara asal.



Majikan boleh menuntut semula kos perubatan daripada pelan insurans yang dibenarkan buat mereka dapatkan dan kekalkan bagi pekerja asing mereka.



Jumlah liputan insurans minimum sebanyak $15,0o0 biasanya mencukupi bagi melunaskan 95 peratus daripada kesemua bil hospital yang perlu dilunaskan kerana kecederaan bukan di tempat kerja.



Kebanyakan majikan juga boleh membeli insurans kecederaan tempat kerja yang berharga sekurang-kurangnya $45,000 bagi setiap kemalangan dan meliputi 95 peratus daripada bil kecederaan di tempat kerja, kata Encik Zaqy lagi.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >