Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

68 anggota SCDF dalam misi menyelamat 'Lionheart' ke Turkey pulang Jumaat

Feb 18, 2023 | 05:30 AM



SEKUMPULAN 68 anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang telah membantu operasi menyelamat di Turkey selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda wilayah itu pada 6 Februari, pulang pada Jumaat.



Misi itu, yang dipanggil Operasi Lionheart, bermula pada 8 Februari apabila SCDF menghantar sekumpulan 20 pegawai yang dilengkapi dengan peralatan mudah alih mencari dan menyelamat di bandar (Usar), peranti pengesan nyawa dan skop optik gentian ke Turkey.



Pasukan kedua, terdiri daripada 48 pegawai dan empat anjing dari unit K-9 SCDF, tiba pada 10 Februari dengan peralatan tambahan, bekalan perubatan dan alat sokongan komunikasi dan logistik.



Para pegawai itu akan mendarat di Singapura awal pagi Sabtu, apabila mereka akan disambut oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan Duta Turkey kepada Singapura, Encik Mehmet Burcin Gonenli.



Beberapa hari lalu, para pegawai berhubung dengan Pasukan Penyelamat Perubatan Kebangsaan Turkey dan menyumbangkan bekalan seperti peralatan trauma dan ubat, makanan, pakaian panas dan khemah, kata SCDF dalam catatannya di Facebook.



Mereka juga menghadiahkan penduduk tempatan dengan pakaian Usar mereka sebagai tanda persahabatan dan solidariti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >