Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 dalam 10 pencarum keluar wang CPF secara pukal sebelum usia 65 tahun

May 06, 2022 | 05:30 AM



Seramai tujuh dalam 10 pencarum telah mengeluarkan wang simpanan secara pukal daripada akaun CPF mereka setelah mengetepikan wang untuk persaraan pada usia 55 tahun, menurut perangkaan Lembaga CPF.



Bilangan pencarum yang berbuat demikian adalah 71 peratus pada 2019 dan 69 peratus pada 2021.



Apabila pencarum mencapai usia 55 tahun, jumlah persaraan perlu diketepikan dalam Akaun Persaraan, dan ini merangkumi wang simpanan yang dialihkan daripada Akaun Khas dan Akaun Biasa.



Mulai usia 65 tahun, pencarum akan menerima pembayaran setiap bulan di bawah CPF LIFE.



Artikel Lembaga CPF itu berkata pembayaran bulanan itu akan lebih tinggi jika anggota tidak mengeluarkan wang itu secara pukal sebelum mencapai usia 65 tahun.



Pembayaran median pula meningkat 15 hingga 25 peratus jika pencarum tidak mengeluarkan wang CPF itu dahulu.



Contohnya, pembayaran median mencapai $670 setiap bulan pada 2021, jika wang CPF itu tidak dikeluarkan terlebih dahulu, berbanding $580 jika wang itu dikeluarkan.



Menurut lembaga CPF lagi, pembayaran bulanan CPF dijangka meningkat bagi kohort masa depan.



Dalam satu jawapan bertulis di Parlimen Januari lalu, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata:



"Pembayaran bulanan CPF yang diterima warga Singapura telah meningkat dari generasi ke generasi disebabkan pertumbuhan pendapatan, penyertaan tenaga kerja yang meningkat, dan peningkatan kepada sistem CPF."



Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Cik Hazel Poa, mengenai jumlah pembayaran CPF.



Dr Tan berkata pencarum yang lebih berusia mempunyai pembayaran bulanan CPF yang lebih rendah disebabkan peraturan mengeluarkan wang CPF yang lebih liberal.



Pencarum dijangka menerima pembayaran lebih tinggi pada masa depan.



Sekitar 66 peratus pencarum aktif dijangka mengumpul wang yang mencukupi menjelang usia 55 tahun untuk memperuntukkan Jumlah Persaraan Asas, dan boleh menerima sekitar sekurang-kurangnya $800 setiap bulan sepanjang hayat, kata Dr Tan.



Dalam kalangan pencarum ini, seramai tujuh dalam 10 dijangka menerima sekitar $1,600 setiap bulan, sedang mereka dijangka mampu mengetepikan Jumlah Persaraan Penuh bagi kohort mereka.



Artikel CPF Trends itu juga menarik perhatian beberapa langkah yang diambil pemerintah untuk meningkatkan simpanan CPF pencarum.



Ini termasuk meningkatkan sumbangan CPF bagi mereka yang berusia 55 tahun hingga 70 tahun untuk membantu mereka menjimat lebih banyak wang untuk persaraan.



Mulai tahun depan juga, skim Workfare juga akan ditingkatkan untuk meningkatkan bayaran bagi pekerja berpendapatan rendah, dan diluaskan kepada pekerja lebih muda dari usia 30 tahun.



Selain itu, pencarum berusia 55 tahun hingga 70 tahun yang mempunyai simpanan rendah akan menerima geran hingga $600 untuk memadankan setiap dolar wang tunai yang ditokok kepada Akaun Persaraan CPF mereka di bawah Skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan.



Langkah ini tambahan kepada sokongan pemerintah untuk meningkatkan pendapatan persaraan, termasuk Skim Ihsan Senja, Bonus Perumahan untuk Warga Emas (SHB), dan Skim Beli Balik Pajakan (LBS), kata artikel itu lagi.




TREND PEMBAYARAN CPF



  • Pembayaran bulanan CPF naik daripada $460 (2019) kepada $580 (2021) bagi pencarum yang mula terima pembayaran pada usia 65 tahun

  • Bagi yang mula terima pembayaran pada usia 70 tahun, angkanya naik dari $610 kepada $760

  • Bilangan pencarum yang tangguhkan pembayaran naik daripada 43% kepada 54%

  • 7 dalam 10 pencarum keluarkan wang CPF secara pukal sebelum mula terima pembayaran

  • Pembayaran bulanan adalah 15-25% lebih tinggi jika pencarum tidak keluarkan wang CPF




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >