Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 dalam 10 penduduk S’pura dalam keadaan baik selepas wabak: Tinjauan MCI

Mar 19, 2023 | 06:05 PM



KEBANYAKAN penduduk Singapura berjaya keluar daripada pandemik Covid-19 dalam keadaan baik.


Namun, sebahagian besar golongan muda dan mereka yang menjaga warga tua dan kanak-kanak melaporkan penurunan mutu hidup berbanding sebelum wabak itu.


Sementara itu, kira-kira tujuh daripada 10 orang yang mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian yang ditauliahkan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) percaya bahawa pemerintah dan sistem penjagaan kesihatan setempat boleh menguruskan wabak masa depan dengan baik.


Secara keseluruhan, 75 peratus responden berkata mereka yakin Singapura akan dapat melalui pandemik seterusnya, dengan 71 peratus berkata mereka percaya pemerintah mengetahui apa yang perlu dilakukan.


Begitu juga, 72 peratus berasakan keseluruhan mutu hidup mereka adalah sama atau lebih baik pada 2023 berbanding 2019, sebelum wabak itu melanda.


Tinjauan itu – hasilnya dikeluarkan pada Ahad – meninjau 1,052 penduduk Singapura berumur 15 tahun dan ke atas untuk bertanya tentang kesan wabak itu terhadap pelbagai aspek kehidupan mereka.


Antara hasil itu mendapati 82 peratus penduduk Singapura melaporkan hubungan dengan jiran mereka menjadi lebih kuat atau kekal sama sepanjang wabak itu, dengan 77 peratus responden berkata perkara sama bagi hubungan keluarga.


Sejumlah 72 peratus responden berkata mereka sama atau lebih berkemampuan untuk memenuhi keperluan kewangan selepas wabak.


Tinjauan itu mendapati peratusan lebih tinggi daripada responden 15 hingga 19 tahun melaporkan penurunan mutu hidup mereka – 38 peratus bagi golongan muda, berbanding 28 peratus bagi penduduk lain.


Begitu juga, 37 peratus golongan muda menyatakan kemerosotan keupayaan mengurus kesihatan mental mereka, berbanding 28 peratus bagi penduduk umum.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >