Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 firma maritim, 47 individu langgar pengurusan selamat

Aug 12, 2021 | 05:30 AM



TUJUH syarikat dan 47 individu dalam sektor maritim telah didapati bersalah kerana melanggar langkah pengurusan selamat.



Mereka telah didenda atau lesen mereka digantung, kata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA).



Dalam kenyataannya semalam, MPA berkata kes ini melibatkan kapal riadah, kapal di pelabuhan dan kapal laut.



Seramai 52 pesalah masing-masing telah didenda antara $300 hingga $3,000, sementara dua orang yang mempunyai lesen bagi kapal riadah dan kapal pelabuhan digantung lesennya.



Mereka didapati melanggar peraturan pengurusan selamat selama lapan bulan sejak November tahun lalu hingga Jun lalu.



MPA berkata sebahagian kes yang melibatkan kapal riadah telah melanggar had penumpang yang dibenarkan untuk perhimpunan sosial.



Secara berasingan, seorang pekerja yang bertugas di darat didapati melanggar peraturan kerana makan di atas kapal dan tidak memakai peralatan pelindung peribadi sewajarnya.



Dalam satu lagi kes pula, seorang pemegang permit jangka panjang yang tinggal di kapal di pelabuhan telah pergi ke darat tanpa mendapat kebenaran MPA.



"Terdapat juga kes-kes di mana ejen gagal memberikan notifikasi mandatori kepada MPA mengenai kakitangan yang telah menaiki kapal mereka," kata MPA.



MPA menambah pihaknya masih menyiasat beberapa lagi insiden yang disyaki melanggar peraturan lain.



"MPA akan mengambil tindakan terhadap individu atau syarikat yang telah melanggar peraturan," katanya.



MPA mengingatkan individu dan syarikat agar mematuhi langkah pengurusan selamat yang melibatkan kapal rekreasi, kapal pelabuhan dan kapal laut.



MPA memandang serius terhadap pelanggaran undang-undang dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak terlibat.



Di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara) 2020, individu yang tidak mematuhi langkah jarak selamat atau pengurusan selamat boleh dipenjara hingga enam bulan, denda hingga $10,000 atau kededuanya.



Pesalah berulang pula boleh didenda hingga $20,000, dipenjara hingga 12 bulan atau kededuanya.



Lesen kapal juga boleh digantung oleh MPA hingga 30 hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >