Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

70 peratus basikal oBike di sini tiada lagi di tempat awam

Aug 01, 2018 | 04:28 PM



BANYAK kemajuan telah dicapai dalam usaha memindahkan basikal oBike dari tempat awam, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (1 Ogos).



Sejak 5 Julai, firma penasihat perniagaan FTI Consulting, yang dilantik sebagai pembubar sementara oBike, telah memindahkan lebih 35,000 basikal syarikat itu dari tempat awam di sini, menurut akhbar The Straits Times.



Jumlah ini adalah sekitar 70 peratus jumlah keseluruhan basikal oBike di sini.



Sementara pengerusi oBike Shi Yi sebelum ini berkata firma itu mempunyai 70,000 basikal di sini, LTA berkata terdapat 40,000 hingga 50,000 basikal oBike di Singapura.



Pengendali khidmat basikal dikongsi, oBike, menghentikan operasinya di sini secara tiba-tiba Jun lalu selepas beroperasi di sini selama sekitar 18 bulan.



Orang ramai yang ingin melaporkan lokasi basikal oBike di tempat awam boleh menghubungi FTI Consulting menerusi obikelocated@fticonsulting.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >