Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERLANJAWAN: FOKUS: PEKERJA

$700j diperuntuk bagi lanjutkan Skim Bantuan Pekerjaan

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan memperuntukkan $700 juta untuk melanjutkan Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) sehingga enam bulan lagi demi membantu perniagaan yang terjejas teruk dengan pandemik Covid-19 terus mengekalkan pekerja, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Skim itu, yang sebelum ini diumumkan akan berakhir pada bulan depan, akan dilanjutkan untuk enam bulan lagi bagi sektor dalam Tahap 1 - penerbangan, aeroangkasa dan pelancongan - yang paling terjejas dalam krisis kesihatan ini.



Firma dalam sektor tersebut akan menerima sokongan 30 peratus bagi gaji yang dibayar dari April hingga Jun ini, dan sokongan 10 peratus bagi gaji yang dibayar dari Julai hingga September ini.



Sementara itu, skim itu akan menyediakan sokongan gaji 10 peratus untuk tiga bulan lagi bagi firma dalam sektor Tahap 2 seperti runcit, seni dan budaya, khidmat makanan dan persekitaran binaan.



Ini akan meliputi gaji yang dibayar sehingga Jun ini, dan tidak termasuk segmen seperti pasar raya yang dikategorikan di bawah sektor Tahap 3B.



Bagi firma dalam sektor Tahap 3A, skim itu akan terus menyediakan sokongan 10 peratus bagi gaji yang dibayar sehingga bulan depan seperti diumumkan sebelum ini, dan akan dihentikan setelah itu.



"Meskipun sedang ekonomi kita pulih secara beransur-ansur dan beberapa sektor berkembang dengan baik, sesetengah sektor lain terus tertekan. Saya akan menyesuaikan sokongan untuk mengekalkan daya ketahanan dan menyokong bidang yang berkembang," kata Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan.



JSS kali pertama diperkenalkan semasa Belanjawan Perpaduan pada Februari tahun lalu untuk menyediakan sokongan gaji supaya majikan dapat mengekalkan pekerja setempat mereka semasa tempoh ketidakpastikan ekonomi dalam pandemik ini.



Di bawah skim itu, pemerintah membayar sebahagian gaji pekerja, dengan sokongan gaji disediakan bagi $4,600 pertama gaji bulanan kasar bagi setiap pekerja rakyat Singapura atau penduduk tetap.



Encik Heng menambah bahawa pusat hiburan malam seperti pub dan pusat karaoke belum lagi dibenarkan untuk dibuka semula, dan mereka boleh memohon geran daripada Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Enterprise Singapore (ESG) untuk melakukan kegiatan perniagaan lain yang dibenarkan atau tutup.



Encik Heng berkata sejauh ini, pemerintah telah membelanjakan lebih $25 bilion bagi JSS, dengan skim itu telah menyokong lebih 150,000 majikan sehingga 17 bulan.



Skim itu menyediakan sokongan antara 25 dengan 75 peratus bagi gaji yang dibayar selama 10 bulan hingga Ogos tahun lalu.



Ia sepatutnya menyediakan sokongan bagi gaji yang dibayar sehingga Ogos tahun lalu, dengan pembayaran terakhir dilakukan pada Oktober lalu.



Namun, skim itu telah dilanjutkan untuk menyediakan sokongan gaji antara 10 dengan 50 peratus dalam kebanyakan sektor sehingga bulan depan.



Sedang keadaan bertambah baik bagi Singapura, sokongan tersebut dikurangkan bagi sektor yang pulih, dan sektor yang terjejas teruk menerima lebih banyak bantuan.



Encik Heng berkata beliau rasa terdorong melihat banyak syarikat telah mengambil inisiatif untuk mempertingkat kemahiran pekerja mereka.



"Saya gembira ramai majikan telah dapat mengekalkan dan mempertingkat kemahiran pekerja mereka," kata beliau.




SESUAIKAN SOKONGAN DEMI KEKALKAN DAYA KETAHANAN

"Meskipun sedang ekonomi kita pulih secara beransur-ansur dan beberapa sektor berkembang dengan baik, sesetengah sektor lain terus tertekan. Saya akan menyesuaikan sokongan untuk mengekalkan daya ketahanan dan menyokong bidang yang berkembang... Saya gembira ramai majikan telah dapat mengekalkan dan mempertingkat kemahiran pekerja mereka."

- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >