Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TINJAUAN KESIHATAN MENTAL

71,600 orang dewasa di SG pernah didiagnosis hidap skizofrenia, gangguan psikotik

Menjadikan keadaan ini gangguan psikotik paling biasa
May 22, 2021 | 05:30 AM



SATU dalam 43 orang atau sekitar 71,600 orang dewasa di Singapura pernah didiagnosis menghidap skizofrenia atau gangguan psikotik lain sepanjang hayat mereka, menurut satu tinjauan yang dijalankan Institut Kesihatan Mental (IMH), yang dikongsi semalam.



Ini menjadikan skizofrenia, gangguan psikotik paling biasa dihidap di sini.



Tinjauan tersebut merupakan sebahagian Kajian Kesihatan Mental Singapura (SMHS) 2016 yang diketuai IMH dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (MOH) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Ia dibiayai MOH dan Yayasan Temasek.



Kajian itu bertujuan mengkaji kelaziman skizofrenia dan gangguan psikotik lain dalam kalangan penduduk Singapura berusia 18 tahun ke atas, faktor-faktor yang berkaitan dengannya, dan jurang rawatan bagi gangguan-gangguan ini.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan IMH semalam, ia menjelaskan bahawa kajian tersebut dilakukan dalam dua fasa.



Yang pertama melibatkan temu ramah bersemuka dengan 6,126 peserta yang mewakili masyarakat Singapura secara am antara 2016 dengan 2018.



Peserta kemudian dinilai bagi mengenal pasti mereka yang mungkin memenuhi kriteria bagi diagnosis formal bagi skizofrenia dan gangguan psikotik lain.



Ini dilakukan dengan menanyakan adakah peserta pernah mengalami salah satu daripada enam simptom termasuk halusinasi, kawalan pemikiran dan khayalan antara lain.



Sebanyak 326 peserta melaporkan pernah mengalamai sekurang-kurangnya satu simptom tersebut.



Sebanyak 127 daripada mereka dipilih bagi fasa kedua, dengan lagi 127 individu lain yang diuji negatif bagi psikosis turut dilibatkan.



Fasa dua kajian tersebut terdiri daripada temu ramah klinikal dengan pakar psikiatri dan penyelidik.



Antara dapatan yang dikongsi termasuk 2.3 peratus penduduk Singapura menghidap skizofrenia dan gangguan psikotik lain.



Umur purata bagi seseorang menghidap skizofrenia dan gangguna psikotik lain pula 23.1 tahun.



Sebanyak 72.8 peratus mereka yang menghidap skizofrenia dan gangguan psikotik lain juga memiliki sekurang-kurangnya satu gangguan fizikal kronik.



Mereka 5.4 kali ganda lebih cenderung menghidap kencing manis berbanding individu yang tidak mengalami sebarang gangguan.



Menurut IMH juga, individu yang menghidap skizofrenia dan gangguan psikotik lain adalah 4.3 kali lebih berekemungkinan tidak mempunyai pekerjaan.



Mereka juga lebih cenderung mempunyai pendapatan isi rumah yang lebih rendah daripada mereka yang tidak mengalami gangguan psikotik.



Penolong Pengerusi Lembaga Perubatan, Penyelidikan, IMH dan Profesor Madya, Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Dr Mythily Subramaniam, berkata:



"Kajian kami mendapati hubungan yang signifikan antara gangguan psikotik dan pengangguran dan ini menekankan perlunya latihan vokasional intensif dan sokongan pekerjaan untuk golongan ini."



*Artikel ini telah disunting demi ketepatan statistik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >