Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

743 kes baru Covid-19; kadar pertumbuhan jangkitan mingguan turun kepada 0.63

Dec 04, 2021 | 11:24 PM



TERDAPAT 743 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan pada Sabtu (4 Dis), turun daripada 766 pada Jumaat.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 berada pada 0.63, turun daripada 0.71 pada Jumaat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Kadar tersebut berada di bawah angka satu selama 22 hari berturut-turut. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang konsisten di bawah satu menunjukkan bilangan kes baru Covid-19 mingguan semakin menurun.





Selain itu, kadar penggunaan unit jagaan rapi (ICU) berada pada 54.7 peratus pada Sabtu, turun daripada 57.3 peratus pada Jumaat.

Terdapat dua orang berusia 70 tahun meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan Covid-19, umum MOH.

Kededua mereka mempunyai pelbagai isu kesihatan, tambah MOH, tanpa memberi butir lanjut.

Bilangan kematian pada Sabtu adalah kematian terendah dalam beberapa hari ni.

Kematian terbaru menjadikan jumlah kematian di Singapura kepada 746.





Jangkitan baru itu merangkumi 707 kes dalam masyarakat, 24 di asrama pekerja migran dan 12 kes import.

Daripada kes masyarakat, 116 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Jumlah kes di Singapura kini berjumlah 268,659 .

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >