Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

77% pekerja gaji rendah bakal naik gaji, terima sekurangnya $1,400

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 77 peratus pekerja bergaji rendah yang berpendapatan kurang $1,400 tahun lalu akan menyaksikan kenaikan gaji kepada sekurang-kurangnya jumlah itu setiap bulan menjelang September tahun depan apabila peraturan baru mengenai Gaji Kelayakan Setempat (LQS) bermula, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Mulai September tahun depan, syarikat yang menggajikan pekerja asing akan perlu membayar semua pekerja tempatan mereka LQS $1,400.



Buat masa ini, majikan hanya membayar LQS kepada sesetengah pekerja tempatan mereka, bergantung pada jumlah pekerja asing yang digajikan.



Menjawab soalan berkaitan pekerja bergaji rendah di Parlimen semalam, Encik Zaqy berkata terdapat 103,000 penduduk yang bekerja sepenuh masa meraih pendapatan bulanan kasar bawah $1,400 pada tahun lalu.



Ini adalah sekitar 5.3 peratus daripada tenaga kerja penduduk yang bekerja sepenuh masa.



Baki 23 peratus pekerja tersebut bekerja dalam perniagaan yang tidak menggajikan pekerja asing, kata Encik Zaqy.



"Sebahagian besar perniagaan ini adalah amat kecil, yang menggajikan kurang 10 pekerja, dan termasuk operasi keluarga kecil seperti gerai penjaja dan kedai dalam estet kejiranan.



"Kita semua biasa dengan perniagaan mikro seperti itu, wajah yang dikenali dalam kejiranan kita dan lazimnya mempunyai ahli keluarga - pasangan, anak-anak, saudara-mara yang membantu.



"Mereka tidak mempunyai skala atau jangkauan perniagaan, dan kami sedar bahawa peralihan gaji yang tiba-tiba kepada perniagaan mikro ini boleh menyebabkan kegagalan perniagaan," kata beliau.



Meskipun mereka tidak secara rasmi diliputi keperluan LQS itu, Encik Zaqy berkata pekerja tersebut harus tetap melihat "kenaikan bermakna" pada gaji mereka mengikut masa disebabkan kuasa pasaran.



Sementara itu, Encik Zaqy menambah bahawa kementerianya tiada rancangan meningkatkan lagi LQS buat masa ini, sambil berkata ia telah disemak empat kali dalam tempoh lima tahun lalu.



"Kami sedar bahawa keperluan LQS baru pada 2022 akan mempunyai kesan yang ketara terhadap majikan.



"Oleh itu, kami tiada rancangan untuk meningkatkan lagi LQS buat masa ini, namun akan memberi tumpuan pada pelaksanaan peraturan LQS baru, dan juga bagi Gaji Progresif Sektor dan Pekerjaan lain menetapkan tanda aras gaji relevan mereka," kata beliau.




Kami sedar bahawa keperluan LQS (Gaji Kelayakan Setempat) baru pada 2022 akan mempunyai kesan yang ketara terhadap majikan.

Oleh itu, kami tiada rancangan untuk meningkatkan lagi LQS buat masa ini, namun akan memberi tumpuan pada pelaksanaan peraturan LQS baru, dan juga bagi Gaji Progresif Sektor dan Pekerjaan lain menetapkan tanda aras gaji relevan mereka."

- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >