SEKITAR 7,700 permohonan diterima Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi Dana Sokongan Muis Covid-19 (CMSF) yang baru diumumkan pada awal bulan Ogos.
Dana ini, yang berjumlah $1.6 juta diperuntukkan bagi membantu meringankan beban kewangan isi rumah yang terjejas berikutan ketidaktentuan ekonomi akibat penularan wabak Covid-19.