Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 pegawai khidmat awam kanan dinaik pangkat

Apr 13, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI lapan pegawai perkhidmatan awam kanan daripada perkhidmatan pentadbiran dinaik pangkat dalam satu upacara semalam.



Mereka merupakan antara 80 pegawai perkhidmatan pentadbiran yang dinaik pangkat dalam upacara di Marina Bay Sands semalam.



Pegawai perkhidmatan kanan awam yang dinaik pangkat itu termasuk Setiausaha Tetap (Tenaga Manusia), Encik Ng Chee Kern; pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi, Encik Beh Swan Gin; Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Encik Loh Ngai Seng; Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Perusahaan) Encik Gabriel Lim; Setiausaha Tetap (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia) Cik Tan Gee Keow; Setiausaha Tetap (Kemampanan dan Sekitaran) Encik Stanley Loh; Setiausaha Tetap Kedua (Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital), Encik Chng Kai Fong; Setiausaha Tetap Kedua Pendidikan, Cik Lim Wan Yong.



Seramai 20 individu juga baru dilantik ke dalam perkhidmatan pentadbiran semalam.



Mengucapkan tahniah kepada pegawai di upacara itu, ketua perkhidmatan awam, Encik Leo Yip berkata pegawai perkhidmatan pentadbiran harus memaparkan kepimpinan dalam tiga bidang - menonjolkan semangat dalam tujuan yang kukuh, bekerjasama dengan pegawai awam lain, serta terus memperbaharui dan mencipta semula pemikiran dan tugas dalam kerjaya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >