Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

80 biasiswa bagi galak cebur sektor keselamatan siber teknologi operasi

Jul 13, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 80 biasiswa akan diberikan Agensi Keselamatan Siber (CSA) dalam usaha menggalak karyawan Stem (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) agar menembusi sektor keselamatan siber teknologi operasi (OT).



Program khusus itu akan membiayai penerima biasiswa selama tiga tahun sedang mereka menceburi Sarjana Sains dalam Keselamatan oleh Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), lantas membolehkan penerima biasiswa untuk mengakses kemudahan latihan, rekaan, serta penyelidikan bagi sistem siber-fizikal yang antara terbaik di dunia.



Mengumumkan demikian semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata ia penting untuk melabur dalam membangunkan karyawan keselamatan siber OT dan memberi mereka sokongan yang diperlukan untuk latihan lebih baik.



Ini sedang OT - teknologi yang melibatkan kehidupan harian seperti air, tenaga dan sektor genting lain - menjadi mangsa serangan siber.



"Bakat merupakan 'penambat' yang mengukuhkan



kedudukan keselamatan siber kita, justeru ia penting untuk melabur dalam membangunkan karyawan siber keselamatan OT," kata beliau dalam ucapan yang disampaikan di Forum Panel Pakar Keselamatan Siber Teknologi Operasi (OTCEP) 2022 semalam.



Dalam kenyataan berasingan, CSA dan SUTD berkata bahawa biasiswa tersebut akan ditawarkan kepada warga Singapura dan penduduk tetap yang telah diterima ke dalam program Sarjana Sains dalam Keselamatan mengikut Reka Bentuk (MSSD) SUTD.



Setelah tamat pengajian, mereka boleh memulakan kerjaya dalam penyelidikan keselamatan siber di iTrust atau di pelbagai domain teknologi dalam sektor prasarana genting.



Semasa berucap, Cik Teo juga berkata bahawa dengan sistem OT dan teknologi maklumat (IT) semakin terhubung, serangan siber yang sebelum ini hanya mengganggu sistem IT, kini boleh juga menjejas operasi fizikal.



Beliau berkata selain bakat yang ada, proses dan teknologi merupakan aset genting untuk berkesan dalam keselamatan siber OT.



Untuk menyelaras usaha pertahanan, proses yang baik diperlukan, namun ia perlu terus berubah untuk memenuhi keperluan pertubuhan, lebih-lebih lagi dalam sekitaran bergerak pantas seperti keselamatan siber.



Justeru, beliau menekankan peri penting untuk terus mengemas kini proses kerana langkah keselamatan siber dalam sistem OT perlu diperbaharui.



Menurutnya, ia memerlukan usaha seluruh masyarakat untuk membangunkan teknologi yang baik.



Pengamal dan penyelidik perlu bergabung untuk memastikan alat yang digunakan sesuai bagi tujuannya dan membuat pembaikan apabila perlu.



"Pemerintah, sektor industri dan akademia akan terus belajar bersama, dan terus menaikkan taraf," katanya sambil menambah bahawa kerjasama sedang diperkukuh di seluruh ekosistem keselamatan siber menerusi bidang bakat, proses dan teknologi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >