Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

800 jemaah solat Jumaat di bekas tapak Sekolah Menengah North View di Yishun

Ruang sementara solat dikendali pengurusan Masjid Darul Makmur yang sedang dinaik taraf selama dua tahun
May 13, 2023 | 05:30 AM



LEBIH 800 jemaah menghadiri sesi solat Jumaat di ruang solat bekas tapak Sekolah Menengah North View di Yishun pada hari pertama ia beroperasi.



Pihak pengurusan Masjid Darul Makmur yang mengendalikan ruang solat itu turut bersedia membuat penyesuaian jika terdapat permintaan lebih tinggi, kata Pengerusi Eksekutifnya, Encik Izuan Mohd Rais.



Menjawab pertanyaan media selepas sesi solat Jumaat pertama itu, Encik Izuan berkata bilangan jemaah yang datang pada Jumaat melebihi jangkaan lembaga pentadbirannya, iaitu sekitar 500 jemaah.



Beliau berkata ruang solat di bekas tapak sekolah di Yishun Ring Road itu boleh menampung sehingga 1,000 jemaah setiap sesi jika ruang lain di sekolah dapat dimanfaatkan.



Bilangan itu sekitar 40 peratus kapasiti yang sering diterima Masjid Darul Makmur setiap sesi solat, iaitu lebih 2,500 jemaah.



Encik Izuan berkata pihaknya juga akan meneroka pilihan menyediakan sesi kedua jika ruang tersebut penuh.



"Bagi saya ruang maksimum yang dapat menampung jemaah dengan selesa mungkin dalam 1,000 jemaah," katanya yang menjalankan tinjauan kapasiti ruang solat itu dengan kakitangannya.



"Sekiranya diperlukan, kami perlu berbincang dengan pihak Penguasa Tanah Singapura (SLA) untuk membuka ruang-ruang lain yang bukan di dalam penyewaan kami," tambahnya.



Pada Jumaat, jemaah mendirikan solat di ruang kosong kantin sekolah, yang diramal boleh menampung lebih 450 jemaah, serta di kawasan sekeliling dan di bahagian foyer, yang masing-masing dapat menampung lebih 200 jemaah.



Ruang sementara itu antara lain dilengkapi dengan tanjakan, tandas, tempat mengambil wuduk dan tempat letak kereta.



Ia disediakan sebagai ganti sementara Masjid Darul Makmur ditutup bagi kerja-kerja naik taraf selama dua tahun.



Pelancaran sesi solat pertama itu turut dihadiri Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam; Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; dan Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Encik Louis Ng.



Encik Shanmugam menyifatkan inisiatif itu sebagai sebuah "projek yang baik" sebagai hasil sokongan padu oleh kontraktor SLA dan pemimpin akar umbi yang berjaya menetapkan tempat itu serta membersihkannya dalam jangka waktu yang pendek.



Beliau berkata projek tersebut akan menyenangkan jemaah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang upaya atau warga emas yang menginginkan masjid terletak di pekarangan bandar Yishun.



Dr Faishal pula berkata pihaknya akan memantau keadaan untuk membuat penyesuaian berdasarkan permintaan jemaah.



Jemaah sebelum ini telah dimaklumkan untuk menimbangkan pilihan mendirikan solat Jumaat di masjid berdekatan, seperti Masjid Ahmad Ibrahim di Jalan Ulu Seletar, Masjid Assyafaah dan Masjid Petempatan Melayu Sembawang di Sembawang.



Masjid-masjid tersebut juga telah membuat penyesuaian masing-masing untuk menjangkakan bilangan jemaah lebih tinggi sedang Masjid Darul Makmur ditutup.



"Saya yakin ianya cukup dan juga kami akan membuat penyesuaian relevan supaya kami bukan sahaja dapat menyediakan tempat sesuai, tetapi juga dengan mendekati masyarakat, mereka dapat membuat penyesuaian masing-masing.



"Ini kerana kami bukan sahaja harus memikirkan dari segi tempat untuk sembahyang tetapi juga dari segi kos yang perlu dibayar bagi menggunakan tempat ini dan bagaimana kami dapat mencapai keseimbangan dari semua aspek kos dan mutu khidmat bagi jemaah, sambil memenuhi keperluan penduduk masing-masing," tambahnya.



Seorang jemaah, Encik Muhamad Isa Puteh, 66 tahun, mengalu-alukan inisiatif ini kerana meskipun terdapat masjid berdekatan, ia lebih senang bagi jemaah di Yishun mempunyai ruang solat tersendiri.



"Kalau hendak diperbaiki, mudah-mudahan kemudahan ini dapat diperluas bagi jemaah buat sementara waktu, tetapi rata-ratanya ia agak selesa dan memudahkan bagi jemaah di sini yang pada awalnya rasakan mereka tidak mempunyai musollah ganti," kata pesara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >