Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

80,000 murid sekolah rendah sudah terima dos pertama vaksin: Chun Sing

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI enam daripada 10 pelajar sekolah rendah telah menempah slot untuk mendapatkan vaksinasi, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, semalam.



Menerusi Facebooknya, beliau berkata sekitar 80,000 murid telah mendapatkan dos pertama mereka.



Ini merupakan lebih satu daripada tiga pelajar kohort sekolah rendah darjah satu hingga enam mendapatkan dos vaksin mereka buat kali pertama.



Encik Chan turut menambah bahawa kanak-kanak lebih muda akan diundang mendapatkan dos vaksin secara progresif.



"Tidak lama lagi, kita akan melihat anak-anak muda kita, iaitu kanak-kanak prasekolah akan diberikan undangan melalui SMS secara progresif di bawah pendaftaran Sistem Janji Temu Nasional (NAS)," kata Encik Chan.



Beliau juga berkata latihan vaksinasi pediatrik bagi pelajar di Sekolah Pendidikan Istimewa (Sped) MOE akan bermula hari ini.



"Pasukan Vaksinasi Mudah Alih, yang terdiri daripada kakitangan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) Singapura, yang berpengalaman mengendalikan pelajar ini akan ditempatkan secara progresif di semua 20 sekolah SPED," jelas Encik Chan.



Dalam pada itu, beliau gembira dengan langkah membenarkan adik-beradik dibenarkan divaksinasi Covid-19 pada masa yang sama kelmarin.



"Kami mempunyai 770 kanak-kanak yang mengambil kesempatan ini pada hari pertama pelaksanaannya.



"Saya berharap ini memberikan kemudahan yang lebih kepada ibu bapa, dan juga membantu anak-anak kita mendapatkan vaksin awal," katanya.



Antara mereka yang mengalu-alukan langkah itu ialah Cik Nur Hazwani yang membawa kedua-dua anaknya, Aleesya dan Rifqy, ke pusat vaksinasi pediatrik untuk divaksinasi bersama dan menjimatkan masa keluarga mereka.



Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, dalam Facebooknya pula berharap "langkah ini dapat membantu ibu bapa mendapatkan vaksin buat anak-anak mereka lebih awal, dan bersama-sama, kita dapat memastikan masyarakat di sekolah kita selamat".



"Saya ingin meyakinkan ibu bapa bahawa sekolah-sekolah kita akan terus menyokong kanak-kanak yang telah divaksinasi, dan membantu pelajar yang tidak dapat pergi ke sekolah kerana vaksinasi," tambah Dr Maliki.



Program vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak berusia antara lima tahun dengan 11 tahun bermula lewat bulan lalu, dengan hanya vaksin mRNA PfizerBioNTech/Comirnaty diluluskan untuk mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >