Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 dalam 10 lulusan baru SUTD dapat kerja dalam masa enam bulan

Apr 05, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI sembilan dalam 10 lulusan baru Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat peperiksaan akhir mereka.



Gaji bulanan kasar median lulusan baru SUTD dalam pekerjaan tetap sepenuh masa pula meningkat kepada $4,800 pada 2022 daripada $4,500 pada 2021.



Manakala gaji bulanan kasar purata mereka meningkat kepada $5,102 pada 2022, daripada $4,730 pada 2021.



Demikian antara perangkaan tinjauan pekerjaan siswazah terkini SUTD.



Tinjauan tersebut menerima penyertaan 300 daripada 388 lulusan baru - kumpulan kelulusan SUTD yang kelapan, lapor akhbar The Straits Times.



Lebih 55 peratus lulusan SUTD meraih pekerjaan tetap sepenuh masa dalam sektor maklumat dan perhubungan, kewangan dan insurans, dan penyelidikan saintifik dan pembangunan.



Perangkaan terbaru itu sejajar dengan satu tinjauan baru-baru ini yang menunjukkan lebih ramai siswazah universiti baru Singapura meraih pekerjaan sepenuh masa dan meraih gaji lebih tinggi pada 2022 berbanding tahun sebelumnya, sedang ekonomi terus berkembang dan pulih daripada pandemik Covid-19.



Tinjauan pekerjaan siswazah yang keputusan mereka diterima pada Februari lalu itu mencatat 12,100 siswazah baru dari program sepenuh masa di Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Ia menunjukkan bahawa 87.5 peratus lulusan baru dalam tenaga buruh berada dalam peranan tetap sepenuh masa, berbanding 84 peratus pada 2021.



Lulusan daripada beberapa sektor, termasuk teknologi maklumat dan digital, sains kesihatan dan kejuruteraan, mencatatkan kadar tertinggi dalam pekerjaan tetap sepenuh masa.



Mereka yang mengikuti kursus teknologi maklumat dan digital terus menerima gaji tertinggi - $5,625, naik daripada $5,000 pada 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >